Friday, December 21, 2007

ep. 40 : takdir

aku anggap segala-galanya takdir. jika difikirkan soal malu, aku telah pun dimalukan sejak dari zaman sekolah lagi. betapa maruah dan kelelakianku dicabut. seisi sekolah mengetahui perihalku.

“K si gay! tidak normal!”.

“eeii, K suka lelaki. geliii!”.

nah, itu malu paling besar pernah aku hadapi seumur hidup. sungguh aku tidak mahu. bukan setakat kawan-kawan, malah para guru juga seolah memandang jijik padaku. ah, apalah dayaku. sesuatu yang tak bisa aku tolak dengan kudrat awal remajaku.

takdir!

sudahnya, papa dan mama seakan pinggirkan aku. malu barangkali mempunyai seorang anak lelaki yang tidak normal dan telah menconteng arang ke muka.

“kami suruh kau ke sekolah untuk belajarrr! bukannya membuat onarr!!”.

“sia-sia papa hantar kau ke asrama…”.

aku pandang mama. kulihat wajah mama lesu. dia mengelak dari bertentang mata denganku.

bermulalah beberapa episod duka dalam hidupku. penceraian mama-papa, umpat keji keluarga dan kawan-kawan hinggalah kedegilanku untuk menerima mana-mana tawaran ke universiti. aku malu. semua orang seperti mengeji dan mentertawakanku. aku hidup dalam duniaku sendiri. sesiapa pun tak bisa mengerti. papa, mama malah nek imah sendiri-

“hey, cepat nganga! aiskrim!”. aku nganga luas-luas. azlan menyuapkan aku honey-oat kegemaran dari baskin-robin.

hampir sejam kami di situ. melayan pandangan dengan melihat karenah orang sekeliling di persekitaran taman KLCC.

nah, apa lagi yang you nak buat before kita fly? ke aquaria dah, ke tower bridge dah… mana lagi yang you nak pegi? ke bulan, ke bintang??”. azlan cuba berseloroh. aku menyeringai memandang ke arahnya.

azlan, azlan, azlan!

oh, jun ini hampir lima bulan perkenalan kami. dari pertemuan awal di kelab, jumpa pula (secara tak sengaja) di KLIA (masih ingat lagi?) hinggalah ke dinner pertama kami di café rahsia di ampang, azlan secara terus-terang melamarku untuk menjadi kekasihnya. biarpun aku agak serba-salah waktu itu, hubungan teka-tekiku dengan shamir dan sebagainya, namun azlan bijak menawan hatiku. entah mengapa, aku melihat masa depanku bersama azlan. dalam masa yang sama, nak tak nak, aku terpaksa ketepikan shamir. lelaki yang selama ini begitu melindungiku.

“sampai hati kau, K… aku terlalu sayangkan kau…”.

“tapi kau lambat, mir. kenapa baru sekarang? kenapa tidak dulu? semasa aku begitu mahukan kau, waktu aku menyimpan dalam diam untuk sentiasa bersama kau?”.

“ah, K. kau tahu aku bukan, sifatku. aku bukannya jenis yang suka berterus-terang. kau tahu, aku sentiasa mahukan kau di sisiku. sejak dari hari pertama aku melihat kau, kita gaduh, kau ingat bukan? dan aku ajak kau pindah bersamaku di rumah papa, tentu kau sedar kenapa bukan? sebab aku sentiasa ingin kau berada di depan mataku, tiap saat, tiap waktu. apa itu tidak cukup untuk gambarkan perasaan aku terhadap kau ya?”.

“amboii… kuat berangan rupanya sayang i sorang nih. nah, habiskan aiskrim ni cepat. kita dinner dengan AM. i dah bagitau dia jumpa kat chakri palace jam lapan!”. tanpa disuruh azlan telahpun menyodok baki terakhir aiskrim ke dalam mulutku.

“auchh… basah, dah kena baju!”.

“hah, berangan lagi. meh i ciumm!”. tak sempat aku mengelak azlan telah pun mengucup manja ke pipiku. saat itu dunia bagaikan milik kami berdua. aku dah tak kisah mata-mata sekeliling yang memandang. ya, ini Malaysia. bukannya paris, london dan sebagainya.

tinggal semingggu sahaja lagi. aku dan azlan akan terbang ke germany. ke sebuah negara yang bisa merealisasikan hubungan kami. segala-galanya dah diatur. hampir setahun dia menunggu peluang ini. azlan yang berkhidmat dengan syarikat multimedia dari negara bekas nazi itu bakal menyambung khidmatnya di sana.

“ikut i, ya? kita tinggal dah kahwin di sana!”. aku kelu. tak percaya dengan apa yang diberitahu azlan bulan lalu.

“you serius ke ni? apa i nak buat kat sana nanti?”.

“teman i lah, jadi suri- masak!”. hahaha… pandai azlan bergurau!

“tak payah kerja?”. azlan pantas menggeleng.

“no need. gaji i cukup untuk tampung kita berdua!”. azlan seperti bersungguh. aku memandangnya buat-buat seperti tak percaya.

“sayang, i’m serious nih. nah, surat offer- you orang pertama i tunjuk tau!”. sekeping dokumen bertukar tangan. aku baca penuh minat.

“wow, tahniahh!”.

“terima kasih- semua ni sebab you juga! tak sia-sia i tunggu…”.azlan kelihatan begitu gembira. aku pasti ini impiannya sekian lama. kerja dan tinggal di german. tapi, ah kenapa german? kenapa tidak negara-negara eropah yang lain, paris atau london misalnya? lebih popular pada perkiraanku.

“i dilahir dan dibesarkan di sana. you lupa?”, azlan tergelak sebelum menyambung. “daddy dulu kan professor. dia mengajar di Oldenburg. kami pindah ke Malaysia sebaik kontraknya tamat. waktu itu i masih kecil. baru sepuluh tahun.” aku menggaru-garu kepala. ingat-ingat lupa.

aku memeluk azlan. antara gembira, sedih- berbaur.

barangkali inilah takdirku. takdir yang membawaku sejauh ini. takdir yang juga telah berubah seratus-peratus perjalanan hidupku. dan takdir juga yang telah menemukan aku dengan azlan.

syed azlan bin syed akhil.

Ah, mungkinkah dia lelaki terakhir yang tertulis?

K.

ep. 39 : rela

"comelnya, macam ayah dan umi dia!". aku mencuit-cuit perlahan emilia soraya, baby kak fatin dan abang khalid. kak fatin yg masih lemah cuma tersenyum perlahan. kelihatan abang khalid pula tak putus menggenggam erat tangan isteri sayangannya itu.

"macam K juga. tengok hidung, saling tak tumpah!", usik abang khalid buat aku tersipu-sipu sendiri.

"eh, mana irfan? kamu datang dengan dia kan?". teguran kak fatin kembali membuatkan aku teringatkan si irfan.

"eh, tadi ada. Hmm… jap, saya cari dia...". aku langkah keluar dari wad bersalin.

"encik K, tadi encik irfan pesan dia ada menunggu di bilik tamu." seorang nurse memberitahu. aku gegas ke sana. kelihatan irfan sedang ralit menonton tv.

"huh, ada pun awak. puas saya cari tau. kak fatin tanya you tadi. tak nak tengok baby?". irfan sengih.

"takpelah, tak nak kacau. kasi keluarga je. lain kali banyak lagi masa." ujar irfan buat aku angguk perlahan.

"nek imah pesan ambil lauk kat rumah. dia masakkan bubur untuk kak fatin. nak ikut?". tanpa berlengah, irfan pantas menarik tanganku. jom!

“happy?”.

“hey, mestilah. tambah lagi sorang sepupu. rasa cam makin tua lah!”.

“tau takpe!”. kami sama-sama tertawa.

malam itu aku melayan perasaan di balkoni. Nek imah di hospital menjaga kak fatin. abang khalid pula ke markas. ada hal katanya.

perasaan aku kian tenang har ini. tiada lagi memikirkan soal-soal di KL. tiada lagi amira, datuk yusuff mahupun iskandar. terasa bebas dari belenggu masalah.

“yeaahh… i’m a free guy!”.

“jauh menung. dah lewat ni. ingat orang KL ke?”. aku terpisat-pisat memandang ke bawah. irfan kelihatan baru nak menanggalkan helmetnya. aku lihat jam. hampir ke jam satu pagi.

“belum ngantuk la irf. sorang malam ni. sunyi plak.” ujarku jujur.

“nak saya temankan?”. aku pantas angguk.

“okay, tunggu lima belas minit. saya mandi jap. nanti saya datang k?”.

lima belas minit kemudian…

“dah makan?”.

“dah. awal-awal lagi nek imah dah masak untuk saya dan abang khalid. ada lagi lauk lebih tu. awak dah makan? jom la, saya temankan…”.

“eh, no thanks. takpe, saya dah makan kat office tadi. risau awak tu je. nanti gastrik tau, saya juga yang susah!”.

aku tak tau apa maksud irfan, ah maybe dia cuma bergurau. or sekadar mengambil berat mungkin.

“fikir apa tadi? ralit saya tengok?”. tak semena irfan membelai lembut rambutku. dia mengusap perlahan. aku cuma membiarkan.

“takde apa. masalah biasa. hal-hal di KL.” aku mendengus perlahan. harapku soalan irfan mati di situ.

“soal kerja? atau masalah peribadi? K patah hati ya?”. aku dongak memandang irfan. dia seakan dapat membaca isi hatiku tika itu.

“saya faham. it’s okay…”. perlahan-lahan, aku rangkul tubuh irfan. kepala kurebahkan didadanya. irfan seperti merelakan. aku rasa tenang begitu. di sudut jiwanya.

“saya suka awak…”.

“saya tahu.” ringkas sahaja jawapanku.

malam semakin larut. untuk saat itu, aku hanya membiarkan apa sahaja yang berlaku.

dan irfan semakin jatuh ke pangkuanku…

pagi.

“apa kamu buat ni irfan! kamu tak malu…?”.

“maafkan saya, tuan!”.

“maaf?! kamu dengan anak saudara saya! kamu sedar apa yang dah berlaku?”.

“saya cuma temankan dia, tuan!”.

“bohong! saya nampak!”.

“dan kamu, K! abang tak sangka kamu bisa membuat perkara macam ni, kamu tak fikir kalau kak fatin kamu tahu? mama kamu tahu? nek imah? apa perasaan mereka??!”. aku cuma diam membatu. silapku. tak sedar abang khalid pulang awal pagi tadi dari markas. aku masih tidur berpelukan dengan irfan di ruang tamu. ah, pelbagai alasan pun tak guna. sesiapa sahaja bisa membuat andaian yang bukan-bukan jika melihat keadaan kami waktu itu.

“abang tak kira, besok tengahari abang nak kamu keluar tinggalkan rumah ini. Kamu kotor! perbuatan kamu ini jijik kamu tahu!”. tanpa sedar airmataku mengalir deras. pertama kali sejak sekian lama aku diherdik dan dicaci begitu hanya kerana gara-gara statusku sebagai lelaki gay. irfan segera merangkul lalu menarikku perlahan keluar dari rumah.

“K tenang ya, rehatlah. nanti tengahari kita settle. saya janji.” aku bungkam. bimbang jika abang khalid menghebohkan kepada kak fatin dan nek imah. paling aku takut, mama dapat tahu.

“K sabar, saya suka K. kita sama-sama selesaikan hal ini nanti ya?”. irfan cuba memujukku. Dia mendakapku kejap.

gila. Ini semua gila. lepas satu, satu. tak ubah seperti kata orang tua-tua, lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. memang aku sengaja cari nahas. cari ketenangan konon.

irfan? ah, dia tak salah. aku yang bodoh. sendiri cari masalah. gosshh… aku tutup muka. malu waktu menatap muka abang khalid tadi.

eh, ngapa awal sangat kamu nak balik ni K? kata nak duduk sini temankan nenek ngan kak fatin kamu ni hah…”.

“K baru dapat call tadi nek, kak fatin. ada tawaran kerja baru di KL. kena balik petang ni gak.” aku tiada pilihan selain membohongi mereka. aku tak pasti jika aku terus stay di situ, aku mampu untuk menatap wajah mereka, abang khalid lebih-lebih lagi.

“tak boleh tunggu esok ke? tinggal la dulu sehari, dua lagi.” desak kak fatin pula. aku serba-salah.

“lain kali ya, kak? Nanti K datang jenguk lagi. Insyallah, minggu depan ke…”. ujarku membuat alasan. aku harap mereka faham.

“hmm… baiklah K. akak ok. jangan risau. nenek kamu ada ni hah. nanti pergi lah jumpa abang khalid kamu tu sebelum balik ya. dan bebaik bawak kereta tu nanti.” kak fatin terpaksa juga mengalah akhirnya.

aku peluk nek imah.

“maafkan, K nek! Maafkan K…”. biarpun pelik dengan gelagatku, nek imah cuma membiarkan. barangkali dia sedar aku agak sensitif.

“dah.. dahh, jangan nangis. kamu nak balik KL aje. dah pi salam kak fatin kamu tu.” aku patuh kata nek imah. perlahan-lahan aku capai tangan kak fatin dan aku cium.

“ampunkan K, kak. ampunkan K…”. kak fatin mengusap-ngusap rambutku. masing-masing pelik melihat gelagatku.

K.

ep. 38 : karma!

NAT Creative.

"rashidd... K mana?".

"err, sorry mira. tapi, K... K... ermm... dia.. dia...".

"kenapa ni, shid. ada masalahkah?".

"er, K dah berhenti kerja, mira!".

"whatt?!". amira mendengus. baru semalam K datang bertemunya di office. mustahilll...

"awak dah cuba contact handphone numbernya?".

"sudah mira. tapi phone off."

"habis, macam mana awak tahu K resign?".

"dia... diaa... sms malam tadi...".

huh.

sheraton, KL
7.35 pagi.

"iss... dah bangun sayang?".

iskandar menggosok-gosok anak matanya.

"err, uncle! eh, apaa... apa saya buat kat sini... huh, apa yang uncle dah buat kat saya??". iskandar bingkas bangkit dari katil. dia terkejut melihat datuk yusuff, unclenya baring bersebelah, pun sama sepertinya- tanpa seurat benang pun!

"apa uncle dah buat kat saya?! pengecuttt...! kau r*** aku ya!". iskandar mula berang. emosinya maksima.

"sabarr.. is, sabarr. bawak bertenang. uncle.. uncle masih sayangkan is...". datuk yusuff pantas mendakap iskandar.

"jangan peluk aku! bangsatt!". iskandar menepis.

"kau dah gilaa! tak cukupkah dengan apa yang kau dah buat kat aku selama nih? pergunakan aku?? dari zaman sekolah hingga ke universiti?? tak cukupkah?? tak cukuppp..??". iskandar bagai diserang histeria. dia menyesal mengikut unclenya ke hotel malam tadi. pasal bussiness konon! patutlah beriya benar uncle yusuff mengajaknya dinner. ada agenda yang tersembunyi rupanya. dia pasti uncle memberinya ubat tidur sewaktu dinner malam tadi. oh, demi tuhan dia tidak ingat apa-apa.

"setannnnnn...!!". iskandar pantas menyarung baju dan seluar lalu meninggalkan bilik.

ternyata semuanya hanya lakonan. datuk yusuff ketawa dalam hati. rancangannya menjadi. iskandar dan K akhirnya jatuh juga ke dalam permainannya.

ah, budak-budak. masih mentah. dengan mudah dia berjaya mengaibkan iskandar dan seterusnya mematahkan hati K. alang-alang menyeluk pekasam.

jika dulu iskandar pernah bertekad meninggalkannya- setelah ditatang bagai minyak yang penuh. usia remaja iskandar di dalam tangannya. apa sahaja kehendak dan kemahuan iskandar ditunaikannya.

dan hari ini, giliran K pula. ya, budak kampung itu juga sudah pandai memijak kepala. macam-macam yang diberikan, tuba yang dibalas.

dek kerana dendam, datuk yusuff tak senang duduk bila mengetahui anak saudaranya itu menjalin hubungan dengan K lalu bertindak dengan mengggoda K. atas tiket toyboy, dia turut memewahkan K.

semuanya kerana dendam. dendam bila iskandar meninggalkannya.

tak cukup lagi, dia menghasut papa iskandar, tan sri ishak, abangnya sendiri dengan mendedahkan perihal hubungan songsang anaknya itu.

"aku dah perati lama dah si is, long. lain benar fiilnya. cuba kau tengok, mana ada dia berselera dengan perempuan. anak aku, si mira tu pun dia boleh buat acuh tak acuh. lain benar perangainya dengan syafik...". ujarnya merujuk syafik, kembar iskandar.

"kau pasti ke apa yang kau cakap ni, ngah? kau jangan pakai tuduh je...".

"betullah. takkan aku nak tipu pula. budak K tu kan selalu lawat is kat hospital kau tak perasan ker? siap makan bersuap semua. aku nampak dengan mata kepala sendirilah!".

"syafikk!".

"ya, pa. ada apa?".

"cepatt panggil pak mat. papa nak ke hospital. sekarang juga!".

hari ini
lumut.

betul awak nak temankan?". aku tatap wajah irfan dalam-dalam.

"yupp! dan kita naik motor saya. cagiva!".

duh, ni siaplah ada adegan 'maria-mariana' kat highway nanti...

"alongggg! rindunyaaa...". zulaika pantas memelukku, erat sebaik sahaja kami bertemu di manjung.

"er, sorry nak kenalkan. ini irfan, leftenan irfan. jiran kak fatin dan abang khalid."

"hai, apa khabar?".

"baik. seronok?".

"haha. boleh lah. nanti pas ni boleh la ika pun join tentera macam abang...".

"hah, adik along ni nak join tentera. no, no- jangan! nanti kena pi perang. kesian along ngan mama!".

"ish, along nih. orang zaman moden ni mana ada perang-perang dah, kan bang irfan?".

irfan hanya tergelak melihat telatah kami. memang aku rindukan saat-saat ini bersama zulaika. bersamanya, membuatkan rindu aku kepada mama dan nek imah sedikit-sebanyak terubat.

"mama tak datang jenguk ika?".

"ada datang, sekali je. tapi alah long. ika tak kisah lah. ika faham. lagipun su ani sama abang khalid tiap-tiap minggu datang sini lawat orang. siap bawak jalan-jalan lagi. best!".

"eeiii.. manjaa!".

"rapat awak dengan adik awak tu ya...".

aku toleh ke wajah irfan. satu senyuman terukir di bibirku.

"kami cuma dua beradik. mama-papa dah lama cerai...".

"oh, maaf. saya tak tahu...".

"takpe. benda dah lama..."

"saya faham orang macam awak."

"huh? maksud awak?".

"karakter awak - suka sendiri, sunyi, rasa bosan kadang-kala... hmm, biarpun ramai kenalan!".

hahaha! aku tergelak. "hey, sejak bila pulak awak bisa membaca orang nih?". tak semena aku mencubit perlahan bahunya.

"auuww... sakitt!". irfan buat-buat sakit. aku senyum. terasa teluk batik begitu membahagiakan aku.

"saya laparr.. jom makan!".

"ok, tapi lepas ni awak kena hantar saya ke hospital. setuju?".

"apa sahaja, untuk awak!".

kami ke gerai berhampiran- ke tempat yg sama perkenalan aku dan irfan bermula.

"hai, awak dari KL kan?".

bersambung...

K.

ep. 37 : izinku pergi

aku berlari, berlari dan terus berlari....

dia masih mengejar. cukupp! cukuppp...

"K, pleaseee... let me explainn!".

dan aku terus berlari.. tanpa mempeduli wajah dan suara itu.

masuk ke kereta, aku menangis semahu-mahunya.

gila- tak percaya dengan apa yg aku lihat.

ujian apakah ini?

arghhhhh...

aku pantas menghidupkan enjin. dengan tangkas kereta kuhalakan ke jalan utara menuju bangsar, terus melewati federal highway hingga ke pj.

memang saat itu aku tidak mahu dan tidak boleh berfikir apa-apa.

aku pandu terus ke kem. kepalaku cuma teringatkan cik ha, aunty ku - juga adik mama yang suaminya seorang pegawai kanan tentera udara.

"ya, mahu ke mana ya encik?".

"err, jalan sabah ya bang. mejar badrul."

nasibku baik dilepaskan masuk. jam hampir menunjukkan ke pukul sebelas malam. waktu-waktu begini biasanya kawalan agak ketat sedikit.

aku parkir di bawah pokok sebelum masuk ke halaman rumah cik ha. airmata kuseka. malu ditegur cik ha dan uncle bad nanti. teringat si aiman, sepupuku yang petah bercakap, "eeiii... abang K nangis. maluu!".

"assalamualaikumm...".

tak sampai seminit pintu rumah terkuak. cik ha kelihatan agak terperanjat dengan kedatanganku.

"eh, K. masuklah!".

aku mandi. bersiap ala kadar. nasib baik uncle bad meminjamkanku baju.

"minum. milo panas. K suka kan?".

aku angguk seraya pantas menarik kerusi.

"thanks, cik ha!".

"kenapa ni, ada masalah ya?".

aku geleng.

"maaf K datang lewat-lewat malam cam ni ya."

cik ha geleng, tersenyum.

"K, K... rumah ni sentiasa terbuka untuk K dan anak-anak saudara cik ha yang lain."

"besok kerja?".

"K dah berhenti cik ha...". terpacul sahaja kata-kata itu dari mulutku.

cik ha seperti terperanjat.

"tiba-tiba?".

aku menghirup milo panas, buat-buat tak dengar soalan cik ha.

"takpe la. besok-besok kita cerita ya. cik ha naik tidur dulu la ye. si aiman tu, bukan boleh lelap kalau sorang-sorang. nak harapkan abahnya... huhuhu...".

aku faham lalu membiarkan cik ha naik sendiri.

pagi.

aku menjenguk ke laman. kelihatan cik ha sedang menjemur.

"hai, K... sarapan dah siap. turunlah, makan!".

aku gegas ke bilik air - gosok gigi dan cuci muka.

hmmm, nasi goreng - sedapp!

cik ha masak apa pun sedap. sama macam mama, macam nek imah.

"semayang subuh tak tadi?".

aku sengih. tepuk dahi, buat-buat lupa!

"mestilah bangunn... uncle bad yg kejut tadi. aiman solat ngan K kat bilik."

cik ha senyum. dia tahu aiman begitu manja dan rapat denganku.

"uncle dah keluar ya cik ha? tak sarapan?".

"awal-awal lagi uncle kamu tu dah keluar. ada meeting katanya. hmm, apa plan kamu hari ni?".

"saya ingat nak ke lumut lah. jenguk kak fatin. entah macam mana la keadaannya tu kan. dah hampir sembilan bulan kan? hmm, kasihan nek imah jaga dia sorang-sorang."

"... sambil-sambil boleh singgah manjung sekali jenguk ika. mesti dah hitam kat kem tu!". teringat zulaika, adik perempuanku yang kini sedang menjalani latihan khidmat negara di kem manjung, perak.

"kirim salam cik ha nanti ya. rindu juga kat adik kamu tu!".

lumut.

aku singgah di teluk batik. ah, awal lagi. nanti petang-petang sikit boleh ke rumah kak fatin. empat jam perjalanan tanpa henti dari kuala lumpur buat aku terasa kebah sana-sini. seronok juga sesekali dapat lari macam ni.

laut yang terbentang, udara yang nyaman. duhh, buat hatiku yang kecamuk kembali segar. aku menarik nafas dalam-dalam. teluk batik hampir-hampir buat aku terlupa insiden di bilik hotel malam tadi.

aku ke gerai berhampiran. suasana agak lengang di situ. mungkin hari berkerja barangkali, tukasku dalam hati.

"yer dik, minum apa?".

"err, kasi air kelapa satu ya kak!".

aku duduk. petang-petang camni pekena air kelapa, tambah dengan udara pantai - uhh, nikmat!

paling akhir aku menjengah laut ialah beberapa bulan lalu sewaktu pulang ke kota bharu. ya, waktu itu sama saiful. kami ke cahaya bulan atau lebih dikenali dengan nama pcb. pantainya hakis. banyak dah ditimbus sana-sini. kesan pembangunan.

beza dengan teluk batik - masih indah pada perkiraanku.

"dik, airnya...".

"oh-cepat. terima kasih ya!". akak air kelapa tu tersenyum manis. aku menghirup perlahan. segarrr!

"adik dari KL ya?". aku tersentak. seorang lelaki datang menegur. tanpa disuruh dia sudah pun duduk di depanku. aku hanya angguk.

"abang irfan. irfan huzaimi. cuti?". tegap, tinggi. enam kaki. navy juga barangkali.

aku angguk lagi.

"K...".

irfan seperti kaget. ah, bukan sekali-dua aku mendapat reaksi begitu. ah, namaku ringkas. K sahaja. tak perlu panjang-panjang.

"K... nice name."

aku gelak (dalam hati la!).

apa daa... nama K pun nice ka?

"K nak jalan-jalan? biar abang bawak?". duh, baik pula mamat ni. baru first time kenal dah berani pelawa jalan-jalan. dia ni waras ke...

"takpe la bang. K nak pi rumah aunty ni. dah lambat. jumpa lagi ek!". aku bingkas bangun. bukan nak menyombong, tapi kuasalah nak layan orang-orang camtu. entah-entah ada udang disebalik batu.

selesai membayar, aku pantas meninggalkan si irfan terkulat-kulat sendirian.

jarak teluk batik ke rumah kak fatin cuma beberapa kilo je. acap juga aku kemari. jadi kemestian untuk singgah kalau ke lumut.

"hah, K. makan nasi tu, tambah lauk! kamu tu dah kurus macam tu." sempat nek imah membebel.

memang aku agak berselera kalau makan masakan nek imah. kak fatin dan bang khalid cuma tersenyum melihatkan gelagatku 'didera' nek imah. sama seperti uncle badrul, abang khalid ni juga seorang pegawai tentera. bezanya dia dalam navy. hampir setahun dia mengahwini kak fatin, mak su ku itu. jarak selang dua tahun dari usiaku, kak fatin sudah kuanggap seperti kakak sendiri. adik bongsu mamaku ini juga rapat denganku.

"kamu dah berhenti ya? tadi cik ha telefon, bagitau akak...".

aku angguk, mengiyakan.

"ada masalah?".

"tukar angin kak. dah setahun kat situ. nak cari pengalaman lebih...". ujarku mereka alasan.

"abang dulu sebelum join navy macam kamu jugak, K. buat kerja tu, buat kerja ni, last-last arwah bapak abang suruh masuk tentera - selamat! sampai la sekarang...".

aku cuma senyum. ish, tak nak lah aku join tentera ke apa ke. bukan bidang aku. cukup-cukuplah tekanan aku dapat di pejabat di bidang advertising ni.

aku hela nafas sendiri. nasi kutambah buat kali ketiga. selera!

"makan K, makan...".

"K ingat nak cuti lama di sini...". ujarku akhirnya tanpa berkias-kias.

"hey, bagus lah! akak suka. boleh temankan akak dan nek imah...".

"kamu pasti ke? alhamdulillah - ada juga orang nak tolong wat kerja rumah nanti. cuci lantai, mop, iron baju... huhuhu...".

"alah, tu semua kerja senang la bang... takat tolong kak fatin ngan nek imah ni apa la sangat."

itulah - akhirnya aku nekad juga. apa nak jadi lah. biarkan amira mencariku, biarkan rashid kalut dengan kehilanganku - NAT creative kehilangan K. kukira itulah keputusan paling tepat pernah kubuat. aku tak fikir amira rugi kehilangan aku - masakan aku satu-satunya designer yang (mungkin) bagus di KL. ah, amira berhak mendapat yg lebih baik dariku.

"K, kolej cemana? dah habis...?".

"final bang... tinggal some more papers je lagi."

"apa rancangan kamu pas ni?".

"hmm... entah. belum fikir." aku jungkit bahu.

teringat offer dari salah seorang produser semasa aku menemani saiful casting tempohari.

"minat berlakon? ambil kad saya. nanti datang casting lain kali ya...".

"K, belum cuba, belum tahu. aku tahu kau bagus!". beriya saiful menyokong.

maaf, pul.

terus-terang aku lebih senang dengan kerja-kerja yang kulakukan sekarang. berlakon? oh-tidakk..! bukan makananku.

esoknya, aku berkira mahu ke pekan manjung. hujung minggu. ingat mahu lawat zulaika.

"nek, ikut?".

"kamu je lah pergi ya K. nenek nak tengok-tengok kan kak fatin kamu tu hah. nanti apa-apa jadi susah. bang khalid kamu duty. kirim salam kat ika ya!".

aku salam nek imah. memang begitulah selalunya. dengan mama, cik ha malah kak fatin juga aku berbuat perkara yg sama. dah sebati.

aku turun ke laman, sambil menapak ke garaj, aku bersiul-siul kecil.

"happy nampak? nak ke mana?".

aku toleh. erk!

"terkejut?".

masakan tidak - tiba-tiba je muncul.

irfan - ya bang irfan. irfan huzaimi. lelaki yang jumpa petang semalam di teluk...

"kita jiran rupanya. tak sangka...".

kali ni aku pula yg kaget. kebetulan sangat!

"K kan? er, nak ke mana?".

"manjung. lawat adik. dia masuk PLKN."

"oh, ye ke. nak abang teman? abang pun off hari ni. malam karang baru duty." aku teragak-agak.

"boleh juga...". aku sendiri tidak pasti bagaimana perkataan "boleh juga" tu keluar...

bersambung...

K.

ep. 36 : toyboy itu aku

minggu kedua tahun baru. azam baru? nahh... aku tak pernah berazam. rasanya sejak dr zaman sekolah hinggalah sekarang, asalkan punya kesihatan yang baik, hidup yang aman, itu memadai. aku cuma mahukan sedetik kebahagian. dan itu belum kuketemui.

ralit membetulkan selendang merah jingga, amira membiarkan sedikit anak rambutnya terjurai ke depan. dia suka begitu. usai mebelek-belek wajah, dia melangkah ke luar, ke ruang utama. teuku mahadi dan keluarga, tetamu papanya tersenyum.

"mira cantik!", puji datin noriah, isteri teuku mahadi.

amira senyum. sedikit pun tidak terpalit rasa bangga di hatinya. sesekali matanya lirik memandang kelibat teuku mustafa yang menyeringai di meja hujung. entah kenapa dia jengkel. bukan dia sahaja, malah satu KL tahu yang teuku mustafa tu buaya besar. entah kenapa papa dan mamanya begitu berkenan mahu bermenantukan buaya sekor nih. harapkan muka aje lawa, tapi perangai... persis setan bertanduk lapan!

"bukan mira! papa... you should know papa mira. maafkan mira, pul...".

"ahh, sampai hati mira... i sayangkan you!".

"mira tahu...".

"habis tu... kenapa mira sanggup...".

"you takkan faham...".

"macam mana i nak faham kalau you tak nak terangkan...".

amira dengus. dia benci dihimpit begitu. saat itu, diam - ya, itulah yg terbaik.

biarlah saiful tak tahu. sesiapa pun tak perlu tahu. semuanya rancangan papa. amira berserah, dia pasrah. padanya, siapa-siapa pun yg bakal menjadi suaminya, takkan merubah cinta dan kasihnya pada K. hatinya tetap pada lelaki itu.

petang khamis.

aku mundar-mandir seketika. beberapa buah storyboard masih lagi di tangan.

nak masuk ke tak... nak masuk ke tak...

"eh, kenapa kau tercegat aje ni K? lain macam aje akak tengok...", kak shila, teman ofisku menegur.

"eh, takde apa. nak tunjuk storyboard ni hah. ingat nak suruh mira approve. bapak dia la pulak ada kat dalam tu...".

kak shila menjenguk ke bilik amira, bos mereka. kelihatan datuk yusuff sedang berbincang sesuatu dengan anaknya itu.

"K... K... sejak bila la pulak kau takut ngan datuk tu...".

kak shila kekek sendiri.

ah, masuk aje la... gamble!

"tuk.. tukk...".

"masuk!".

"hah, K! dah siap semua storyboard yang i minta tu?".

tanpa berkata apa-apa aku pantas menghulurkan lakaran-lakaran storyboard yang sudah kubuat kepada amira.

aku sedar datuk yusuff diam-diam memerhatikan gerak-geriku. aku buat-buat tak tahu.

"hah, daddy. cemana ngan lakaran K ni, bagus tak?".

lakaranku bertukar tangan. duh, inilah yg cuba kuelakkan. komunikasi dengan datuk.

"bagus... daddy suka. alah, mira pun tahu kan si K ni berbakat. dulu di artech, berkali-kali abang kamu si rahman tu desak daddy suruh pujuk K kembali." kata-kata datuk terhenti seketika. dia senyum memandang ke arahku.

"... anyway you should proud now, mira. NAT creative ada designer muda berbakat seperti ini!". berkali-kali datuk yusuff menepuk-nepuk bahuku. terasa seperti ada usapan manja di situ. aku acuh, buat tak merasa apa-apa. tak nak amira perasan pula.

"errr... terima kasih datuk. terlalu tinggi pujian itu untuk saya...".

jujurnya, kata-kata itu tak lebih dr sekadar untuk menutup keresahanku sendiri.

habis sahaja waktu pejabat, aku gegas ke parkir di tingkat tiga. dah janji sama saiful mahu temankan dia shooting di bukit antarabangsa jam enam. boleh juga aku singgah di rumah aunty rubiah. dah lama tak ke sana.

"err, encikk! tungguuu...".

aku menoleh. seorang lelaki berlari-lari anak mendapatkanku.

"ada apa?".

"encik K?".

"ya, saya. ada apa?".

"datuk nak jumpa encik. dia minta datang ke hotel sheraton mlm ini, jam lapan."

datuk nak jumpa aku? huh, tak serik-serik lagi ke...

food court
bukit antarabangsa

"kau setuju?". aku dongak ke langit manjauhi wajah saiful yang dipalit mekap. jus oren kuhirup perlahan.

"nope. aku belum cakap apa-apa lagi. kau rasa?".

"better don't. kau pun tahu kan datuk tu buaya. lagipun kau kena fikirkan masa depan, K. dah elok-elok kau kat NAT tu. kau ingat mira akan maafkan kau buat kali yg kedua, kalau-kalau dia tahu nanti kau masih ada hubungan dengan papanya? nahas!". berapi-api saiful menasihati.

"K, yang lepas, lepas lah. kalau dulu kau pernah tersilap langkah. kalau berdendam dengan iskandar sekalipun, anggap sahaja hubungan korang dah tamat."

aku bungkam lagi. tak tahu nak cakap apa dah.

"kau ada contact mira?", ujarku mengalih topik perbualan.

saiful geleng. sekelip wajahnya berubah.

ah, damnn! silap topik.

"sorry!".

"it's ok."

dan perbualan kami terhenti.

hampir ke jam lapan malam. aku terlewat tadi. ralit melihat saiful menghabiskan scene terakhir drama sulungnya. dr bukit antarabangsa, aku memandu ke hotel sheraton yang terletak di jalan sultan ismail.

hatiku nekad, bulat. suatu perhintungan akan kubuat.

setiap manusia berhak untuk diberi peluang kedua bukan?

sheraton.

aku melilau-lilau di pinggir kaunter.

"encik K?". aku angguk.

"sila kut saya...".

aku mengikut sahaja seorang bell-boy membawaku entah ke mana.

"tingkat 25. ini kuncinya."

"erk, kunci?".

ah, bahana apakah pula ini...

bersambung...

K.

ep.35 : g*y vs. normal

ramai orang cakap, best jadi K ni kan... huhuhu. aku tak fikir begitu. sama sekali tak setuju. jika diberi pilihan, aku juga ingin memilih untuk menjadi orang lain. percaya atau tidak, jauh di dasar hati, aku kepingin untuk merasa nikmat dicintai, dan mencintai... dan, tak mustahil cinta yg kucari-cari itu ada pada seseorang bergelar wanita.

terkejut?

hmm.. perasaan tu dah lama wujud. sejak aku di bangku sekolah lagi. ya! sama seperti lelaki normal yg lain, aku juga manusia... punya perasaan juga.

pernah di tingkatan tiga, aku cuba-cub Edit a mengurat seorang pelajar perempuan, yg juga teman sekelas denganku.

siapa tak mahu K, jejaka paling hot di sekolah waktu itu. hahaha... kelakar pun ada. teringat yg aku hampir2 digantung sekolah gara-gara asyik-masyuk bercinta dan dating dengan nurul, teman sekelas yang akhirnya secara rasmi menjadi awekku waktu itu. orangnya cantik, hmm... boleh la tahan. ayu!

seayu sofea, secantik amira... namun, ah nurul lain. she's different. egonya, ah.. boleh tahan juga. sakan aku mahu mendapatkannya. desakan teman-teman barangkali, masih kuingat, mail, fauzi, liyas... semua gangku seakan memberi sokongan.

"go, K... goo...!".

aku apatah lagi. naluri lelaki. darah muda. pantang dicabar dan diapi-api begitu. mula la...

seterusnya, nurul menjadi milikku. hubungan kami bertahan hingga ke akhir semester hinggalah tamat PMR. aku ditukar ke sekolah berasrama.

dan hubungan kami - tamat.

kesal? tidak sekali-kali.

nurul menjadi sejarah.

dan cintaku di asrama beralih kepada sofea. perkenalan di penggal pertama di mrsm memberi warna cinta baru buatku.

sofea, gadis lincah namun masih tahu batas-batas agama. aku suka perwatakannya - bertudung litup dan manja.

pun sama, sebagaimana juga nurul, hubungan kami terputus sebaik akhir tingkatan lima.

takdir memisahkan kami. takdir yg telah mengubah keseluruhan hidupku. takdir yg akhirnya memakan diriku sendiri. takdir yg aku tentukan sendiri...

****

"sofff... tungguuu!".

kulihat sofea berlari-lari meninggalkan perkarangan galeri. jantungku berdegup kencang. aku pantas mengejarnya.

sungguh tak kusangka sofea muncul tiba-tiba di art galeri petang itu.

dan aku, demi tuhan tidak dapat membayangkan perasaan sofea, menyaksikan adeganku bersama haniff, juniorku sendiri berkucup dan berdakapan mesra di bilik dua art galeri.

"sofeaaaa..."

****

"siapa tadi tu? mesra semacam je aku tengok...". dah aku agak, shamir pasti akan menyoalku juga tentang azlan.

"kawan...", jawabku ringkas, acuh tak acuh. aku hati-hati memandu. sesekali tanganku mengetuk-ngetuk perlahan stereng kenderaan, mengikut rentak lagu yg terpasang dr corong radio.

"kawan... hmmm... dah lama ke kau kenal dia?". soal shamir lagi. nyata dia masih belum berpuas hati dengan jawapanku.

"we met kat BB last night. tak sangka jumpa lagi lagi hari ni kat airport. kebetulan", tak selesa diasak, aku berterus-terang akhirnya.

shamir seperti mendengus. nyata ada sesuatu yg bermain dibenak fikirannya.

"don't worry. aku ke kelab sama saiful. dia datang KL last week. casting."

"saiful?".

"ya, saiful, sepupuku. kau lupa?".

"oh, ya. saiful... sorry!".

"banyak fikir!". aku senyum menjeling shamir.

tak semena-mena satu ciuman singgah di pipiku. shamir kelihatan tersipiu-sipu. tak pernah-pernah dia menciumku begitu sebelumnya.

dia buat-buat memandang ke luar.

"kau malu?".

shamir diam.

"tapi mahu?".

shamir diam lagi.

"hey, aku tanya...".

shamir toleh.

"aku cintakan kau!".

saat itu aku terasa seperti mahu memberhentikan kereta. benar ke shamir yg berkata-kata?

aku pandang ke anak mata shamir - tak berkedip.

"sayang, you're driving!".

"yes, i know. apa kau bersungguh?".

"yesss...".

"kau gila, mirr...".

"yaah! dan aku gilakan kau...".

saat ini - terasa seperti nak melompat dr kereta pun ada.

tapi, errr....

why now? kenapa sekarang baru dia nak cakap..?

kenapa tidak dulu, setahun yg lalu. di awal-awal perkenalan kami?

seingat aku, selama aku tinggal menyewa dan 'berjiran' dengannya dulu, sekali pun tidak pernah dia menunjukkan ciri-ciri yg dia sukakan aku.

padaku, shamir seorang yang sangat protektif. aku senang dan selesa bila kami bersama.

shamir juga.. hmmm, apa lagi ya tentangnya? oh, shamir - dia juga seorang yg kelakar. funny guy. dan adakala juga kami bertengkar. ah, benda-benda remeh. dah macam lumrah.

sehinggalah hidupnya berubah (dan hidupku juga) - kemunculan uncle taufik, papanya yg secara tiba-tiba, dan mamanya - yg sekian lama dia menyimpan dr pengetahuanku - ah, shamir. bijak sungguh dia berahsia ya.

ternyata sepanjang setahun perkenalan kami, aku masih belum mengenali siapa shamir sebenarnya.

"aku minta maaf. hidupku terlalu sulit untuk diceritakan...".

"it's ok. no sweat. setiap orang mempunyai rahsia, bukan?".

hari ke hari, hubungan kami kian rapat. ditambah pula aku kini tinggal bersamanya. desakan uncle taufik sendiri, buat aku tak bisa untuk membantah.

"kau setuju?".

"apa?".

"jadi temanku, jadi boyfriendku... dan 'menikahi' aku?".

"hahaha... kau betul-betul dah gila la, mir...".

aku cubit pipi shamir. biar dia sedar dr mimpi.

"kau fikir aku tak serius?".

"mir, stop ittt...".

shamir terus-terusan mengasakku.

"mir, i'm driving...".

"shamiirrr...".

****

"jadi kau terima?".

aku gelak sendiri. saiful berkerut melihat reaksiku.

"gila kau! shamir tu dah macam abang aku tau tak... plus aku ngan papa dia, uncle taufik tu pun dah aku anggap cam papaku sendiri. masakan...".

aku sendiri tak pasti sejauh mana aku cuba menidakkan perasaan sendiri. yg pasti aku serba-salah kini.

"alah, K. apa susah. kau terima aje dia. dia pun baik apa. handsome, anak orang kaya pula tu. untung kau!".

"eh, pul... kau ingat senang-senang ke aku nak terima shamir tu sebab dia handsome? anak orang kaya? arghh, susah la. soal hati beb, banyak nak kena fikir...".

"ish, tak yah la nak fikir-fikir. kau terima aje lah. takkan kau nak tunggu si iskandar tu lagi. buang masa je...".

nyata aku belum memberitahu saiful perihal sebenar tentang iskandar. tentang pertemuan kami, tentang lamaran iskandar untuk kembali (buat kesekian kali).

ah, biarlah. saiful tak perlu tahu semua tuh. nanti jadi cerita lain pula...

"bukan, bukan soal is...".

"habis tuh...?".

aku diam. membatu.

"hah, aku tau... ni mesti kau dah syok kat si azlan tu pulak kan? hah, sah la nih...".

azlan? hurmmm....

sekali lagi terdetik,

"bukan senang menjadi K ni rupanya kan...".

K.

ep. 34 : airport

"err, excuse me ye!". aku meninggalkan azlan terkebil-kebil keseorangan di dance floor. ah, tak pentinglah.

aku mencari-cari kelibat si saiful di tempat duduk. kosong di situ.

ish, mana plak mamat ni ghaib nih. gila lah...

"hey, K! hahaha.. dah puas menari?". aku pantas menoleh.

"mana kau pergi? ingat dah kena colek...".

"hey, relaks lah. pi amik drink je lah. oh, ya. kenalkan, jimmy!".

"jimmy, this is K, my ex-boyfriend merangkap my nenek tiri... hihihi...".

nenek tiri?? what da-

"hello, K! nice to meet you...". aku menyambut tangan jimmy. tinggi lampai orangnya. hmm, pandai si saiful pilih. kacukan chinese-melayu. taste tu. huhuhu.

"aku nak pi dance dulu. err, mana mamat tadi?". aku cebik. malas nak menjawab.

"toilet!", dalihku.

sudahnya aku sendiri aja di bar, menghabiskan sisa-sisa beer di gelas. melihatkan orang lain menari, tapi hatiku seperti kosong dan mati. arghh, bosan!

"may i seat?".

aku membuka mata. azlan tersenyum di depanku.

"err, sure!".

"you macam marahkan sesuatu. mind to share?". aku cepat-cepat geleng. pepandai aje si azlan ni teka perasaanku.

"thank but no thanks!". bukan sombong, tapi hurm, entahlah. kuasa aku nak melayan gayboy-gayboy kelab ni. semua takat nak ons je.

aku dah malas nak cari masalah sebenarnya. teringat kes sewaktu kenal iskandar dulu. pun sama, dia memikatku di kelab juga. sudahnya, apa ending kami?

aku - mangsa cinta!

"dah tiga gelas you minum. nah, mineral water. kasi calm sikit...". aku mencuri memandang ke wajah azlan, tampak ada keikhlasan di hatinya. tapi aku, erm cam biasa lah - buat buat jual mahal gitu. pisang takkan berbuah 3-4 kali. serik!

hampir ke jam tiga setengah pagi.

azlan masih lagi di sisiku. dari tadi dia cuba-cuba untuk berbual denganku. sepatah dia soal, sepatah yang yang aku jawab. namun azlan seakan tak mahu mengalah denganku.

"K, jom balik! aku penat lah...". ajakan saiful seperti menyelamatkanku. jimmy kat sebelah tu pun dah cam tak betul aku tengok. mabuk!

"er, boleh i hantar you?", pelawa azlan. aku memandang saiful.

"it's ok. saiful takde lesen. i drive...".

"ohh... ok. hmm. well, this is my card. call me. pleasee...".

aku menatap kad itu seketika.

syed azlan b. syed akhil
software enggineer

"okay, will call you...".

sabtu.

aku terlupa harus ke airport hari ni. mahu menjemput shamir. sudah dua minggu dia ke jepun follow uncle taufik uruskan soal perniagaan keluarga.

teringat e-mail shamir semalam...

dear...

miss you so much. jangan lupa jemput aku di airport lunch tomorrow ya!

miss ya badly!

shamir

hari-hari sebenarnya aku menerima e-mail yang hampir serupa dari shamir. rindu lah, apa lah... semakin buat aku keliru. adakah shamir benar-benar rindukan aku? sebagai apa, teman? kekasih? atau sekadar dia menganggap aku ni adiknya sahaja...

duh, buntu aku dibuatnya!

"hai, K. lelawa ni, nak ke mana?". aku buat-buat tak dengar.

"jimmy kau tuh dah bangun? aku nak ke airport ni, jemput shamir. ikut?".

"err, aku dah janji nak lunch sama jimmy. sorry ya!".

****

aku memandu novus kia shamir dengan penuh hati-hati sambil otakku menerawang mendengar lagu dedebu cinta dendangan misha omar. lagu rasmiku kalau memandu.

"beb, kau tak bosan ke asyik dengar lagu yang sama je? misha takde single lain ya?". pernah juga shamir menegur. aku senyum aja. dah jadi lagu favourite selamanya gitu. sama juga dengan lagu menyemai cinta bersamamu dari nora. pun one of my favourite song. lagu aku dan iskandar dulu-dulu. hahaha. gelak aje bila ingat balik. jiwang!

sampai di airport, aku masuk ke parking di bawah terminal. ada lagi kira-kira setengah jam sebelum ketibaan flight dari fukoaka. aku ke cafe berhampiran di aras lima. order hot chocolate dan sandwhich. lapar!

aku buka novel the devil wears prada hasil tulisan lauren weisberger. hampir ke bab terakhir. rasanya sudah masuk tujuh kali aku menonton versi filemnya.

andrea (anne hathaway), she's so me!

"K?". aku toleh.

"eh, azlann... apa you buat kat sini?".

"hmm... soalan yang sama. you - apa you buat kat sini?". aku perhatikan azlan tak berkedip. dia nampak lain sekali. hmm, how to describe ya?

ah, semalam mungkin aku agak ting tong sedikit.

"saya... saya... er, i... hmmm...". ish, napa ngan aku ni...

"saya mengganggu ke?".

"err, tidak... tidakk... no - no. i tengah tunggu kawan actually. dari fukoaka." ujarku masih tergagap-gagap. goshh, kenapa ngan aku ni. lain macam je rasa. honestly, semalam aku tak perasan sangat rupa si azlan ni. takat nampak gitu-gitu je but still la, bleh cam lagi bila dia tegur aku tadi. and... he's not bad at all!!

rasanya kalau nak banding ngan rupa jimmy yang sikit cam rain, penyanyi korea tu, ermm... azlan better rasanya. hahaha. mati la buat perbandingan katanya.

aku pandang azlan atas bawah. masih tak percaya sebenarnya aku terserempak dengannya pagi ni, di sini. very the kebetulan. ala-ala cam citer sembilu kat tv plak.

"you okay?".

"err, ya - ya. i'm okay. sorry." ujarku malu sendiri. over kan...

"apa you buat kat sini?".

azlan senyum. duh, kacaknya!

K, relaks K... relaks...

"oh, sorry. i tunggu family kakak i dari brisbane. saja datang awal. bosan kat rumah!". terasa darahku bergetar sebaik azlan membuahkan senyum. aku cuba-cuba buat lihat sekitar. duh, cantik sungguh pemandangan hari ini...

"devil wears prada, i love that movie." ujar azlan merujuk kepada buku novel yang sedang kupegang.

"yeahh, me too. nice kan. i suka jalan cerita dia...".

dari satu topik ke satu topik kami berbual. aku mula senang dengan karakter azlan. terasa seperti wujud chemistry antara kami.

pun begitu, tak sedar ada mata yang memerhati. dan dia menghampiri...

bersambung...

K.