Friday, December 21, 2007

ep. 32 : kenangan

"K, amik aku kat airport sabtu ni ya. flight pagi...".

"uh, what time?".

"lapan... see ya!". tak sempat nak borak lama si saiful dah letakkan phone. dia menelefonku dari kota bharu.

aku terpinga-pinga. tak sedar waktu dah melepasi ke waktu marghrib. seketika aku jenguk ke bilik shamir dan uncle taufik. senyap. ah, keluar barangkali, tukasku.

aku ke dapur, membacuh oren kegemaran.

"sayanggg...". aku paling. sikit terkejut. iskandar memelukku, kejap.

"eh, cemana youu...".

"shhhh.....". tanpa bertangguh iskandar pantas menciumku, lembut. aku terawang seketika.

"cemana you masuk??". aku mengulang kembali soalanku tadi sebaik iskandar melepaskan aku.

iskandar bisu. dia cuma senyum. ditariknya tanganku perlahan. kami ke sofa.

"this is for you...". iskandar mengeluarkan seutas rantai. aku kaget.

"for me...?", soalku agak ragu-ragu. jarang lelaki menerima hadiah pemberian berupa rantai. entah kuasa apa, aku hanya menurut ketika iskandar memakaikan aku rantai tersebut.

"niceee...".

"you like it?". aku angguk perlahan.

"thanks sebab sudi menerimanya...".

aku lihat mata iskandar bergenang. tanpa dipaksa-paksa, aku bingkas memeluknya, erat. aku rindu... ya rindu sangat-sangat... hanya Dia yang tahu perasaanku kala itu. betapa aku rindukan saat-saat manis bersamanya.... oh, is...

"kriingg... kriinggg...". aku tersentak. lamunanku mati di situ. aku ke meja depan untuk mengangkat telefon.

"K, ya? is sini...". gulp!

"ya, K cakap...".

****

aku ke klcc. dari bukit bintang tadi hanya mengambil cab sahaja. senang. mudah dan cepat.

aku ke tingkat tiga suria. pusing sahaja kiri dari eskalator terus ke california pizza. dadaku kian berdegup perlahan. aku tak pasti sebenarnya adakah tindakan aku ini betul.

"kita dinner ya... i tunggu you di california pizza. jam sembilan. please?".

dari jauh aku melihat kelibat iskandar sedang menunggu keseorangan di meja paling hujung. degupan jantungku kian kuat. aku mematikan langkah seketika.

"pergi.. atau tidak?".

"K! hey, apa you buat kat sini?". aku toleh. alamak, haikal. spoil je. tak sangka plak aku terserempak ngan dia kat sini. sah-sah iskandar dah perasan aku...

"ni lah bf i... kamal. you buat apa kat sini? sorang?".

aku teragak-agak untuk menjawab.

"err... errr... saja lihat-lihat. ok lah i balik dulu...".

"eh, K apasal nih...".

"will call you. bye...!". aku pantas meninggalkan restoran. aku pasti bukan sahaja haikal, iskandar juga terpinga-pinga melihat keadaanku (jika dia nampak la).

"K, tungguu...". iskandar!

dia berlari-lari mendapatkanku.

"kenapa you lari tadi?".

"err, i... i...".

"malu jumpa i...?".

aku dongak memandang wajah iskandar.

"ya, Tuhan... kau kuatkanlah hatiku...".

aku dan iskandar saling berpandangan.

lama kami begitu.

kenangan. bertubi-tubi ia menyerangku.

sekian lama, iskandar tidak pernah mati dari ingatanku.

tak semena-mena, iskandar memelukku, di hadapan khalayak, di klcc!

****

"drama sangat!". aina mencebik. zafir cuma ketawa mengekek.

"ish, aku serius lah ni... dia memang betul-betul peluk aku semalam di klcc!".

"hindustan la kau...". sekali lagi zafir membidas.

duh, nyesal citer...

"hahaha... ain, kau tengok muka kawan kita nih dah berubah! ala, alaa... bucuk lepak la. kami gurau aje la. apa la nak majuk... huhuhu...".

aku makin geram. apalah aku bodoh sangat pegi cerita tadi. [ dush, dush, rasa nak hantuk je pala kat tiang bus stop depan kolej ni... ]

"apa kau rasa?".

huh?

"your feeling lah - masa dia peluk kau tuh apa kau rasa?". aina menyoalku.

"hmmm... takde rasa apa-apa pun!".

"kau sure? dia punya romantik sampai sanggup peluk kau kat depan public kau tak rasa apa-apa pun...".

"alah, ain... K marah tuh. jom kita pujuk dia...".

"kuasa la nak memarah. hurm. korang kelas apa lak pas nih? amacam study, ok?".

saja aku ubah topik perbualan. bukan merajuk tapi entah la, malas nak fikir sangat apa yang berlaku semalam.

"erm, ad cam. kitorang ok. semua ok. tapi dah bosan la kau takde K. dah la si ema pun berhenti. kau plak tukar part time. boringgg!".

"alah, aina kan ada...".

"tak sama. aku rindu kau!".

"eh, lain macam jer bunyik. sejak bila nih? dah tukar jadik sesuatuh plak ker??".

"alah, ngan kau apa salahnya. aina tak kisahhh... hahaha... kan cayang?". gila! jadi bebetul baru tau... meraung aina nanti.

"k la guys. aku tak leh lama ni. nak masuk ofis lak. kang bising plak si mira tuh. dah kul dua nih...".

"okay, dear. see ya. jalan bebaik. jangan nak menggatal je!", sempat aina memesan.

aku bingkas bangun meninggalkan cafe ke carpark. rindu sebenarnya dengan suasana di kolej. jika awal-awal dulu aku pernah mencipta kemeriahan di sini, kini semuanya kian berlalu dengan perlahan. tinggal cebis-cebis persahabatan antara aku, aina, zafir dan ema.

guys, aku sayang kalian!

K.

No comments: