Friday, December 21, 2007

ep. 38 : karma!

NAT Creative.

"rashidd... K mana?".

"err, sorry mira. tapi, K... K... ermm... dia.. dia...".

"kenapa ni, shid. ada masalahkah?".

"er, K dah berhenti kerja, mira!".

"whatt?!". amira mendengus. baru semalam K datang bertemunya di office. mustahilll...

"awak dah cuba contact handphone numbernya?".

"sudah mira. tapi phone off."

"habis, macam mana awak tahu K resign?".

"dia... diaa... sms malam tadi...".

huh.

sheraton, KL
7.35 pagi.

"iss... dah bangun sayang?".

iskandar menggosok-gosok anak matanya.

"err, uncle! eh, apaa... apa saya buat kat sini... huh, apa yang uncle dah buat kat saya??". iskandar bingkas bangkit dari katil. dia terkejut melihat datuk yusuff, unclenya baring bersebelah, pun sama sepertinya- tanpa seurat benang pun!

"apa uncle dah buat kat saya?! pengecuttt...! kau r*** aku ya!". iskandar mula berang. emosinya maksima.

"sabarr.. is, sabarr. bawak bertenang. uncle.. uncle masih sayangkan is...". datuk yusuff pantas mendakap iskandar.

"jangan peluk aku! bangsatt!". iskandar menepis.

"kau dah gilaa! tak cukupkah dengan apa yang kau dah buat kat aku selama nih? pergunakan aku?? dari zaman sekolah hingga ke universiti?? tak cukupkah?? tak cukuppp..??". iskandar bagai diserang histeria. dia menyesal mengikut unclenya ke hotel malam tadi. pasal bussiness konon! patutlah beriya benar uncle yusuff mengajaknya dinner. ada agenda yang tersembunyi rupanya. dia pasti uncle memberinya ubat tidur sewaktu dinner malam tadi. oh, demi tuhan dia tidak ingat apa-apa.

"setannnnnn...!!". iskandar pantas menyarung baju dan seluar lalu meninggalkan bilik.

ternyata semuanya hanya lakonan. datuk yusuff ketawa dalam hati. rancangannya menjadi. iskandar dan K akhirnya jatuh juga ke dalam permainannya.

ah, budak-budak. masih mentah. dengan mudah dia berjaya mengaibkan iskandar dan seterusnya mematahkan hati K. alang-alang menyeluk pekasam.

jika dulu iskandar pernah bertekad meninggalkannya- setelah ditatang bagai minyak yang penuh. usia remaja iskandar di dalam tangannya. apa sahaja kehendak dan kemahuan iskandar ditunaikannya.

dan hari ini, giliran K pula. ya, budak kampung itu juga sudah pandai memijak kepala. macam-macam yang diberikan, tuba yang dibalas.

dek kerana dendam, datuk yusuff tak senang duduk bila mengetahui anak saudaranya itu menjalin hubungan dengan K lalu bertindak dengan mengggoda K. atas tiket toyboy, dia turut memewahkan K.

semuanya kerana dendam. dendam bila iskandar meninggalkannya.

tak cukup lagi, dia menghasut papa iskandar, tan sri ishak, abangnya sendiri dengan mendedahkan perihal hubungan songsang anaknya itu.

"aku dah perati lama dah si is, long. lain benar fiilnya. cuba kau tengok, mana ada dia berselera dengan perempuan. anak aku, si mira tu pun dia boleh buat acuh tak acuh. lain benar perangainya dengan syafik...". ujarnya merujuk syafik, kembar iskandar.

"kau pasti ke apa yang kau cakap ni, ngah? kau jangan pakai tuduh je...".

"betullah. takkan aku nak tipu pula. budak K tu kan selalu lawat is kat hospital kau tak perasan ker? siap makan bersuap semua. aku nampak dengan mata kepala sendirilah!".

"syafikk!".

"ya, pa. ada apa?".

"cepatt panggil pak mat. papa nak ke hospital. sekarang juga!".

hari ini
lumut.

betul awak nak temankan?". aku tatap wajah irfan dalam-dalam.

"yupp! dan kita naik motor saya. cagiva!".

duh, ni siaplah ada adegan 'maria-mariana' kat highway nanti...

"alongggg! rindunyaaa...". zulaika pantas memelukku, erat sebaik sahaja kami bertemu di manjung.

"er, sorry nak kenalkan. ini irfan, leftenan irfan. jiran kak fatin dan abang khalid."

"hai, apa khabar?".

"baik. seronok?".

"haha. boleh lah. nanti pas ni boleh la ika pun join tentera macam abang...".

"hah, adik along ni nak join tentera. no, no- jangan! nanti kena pi perang. kesian along ngan mama!".

"ish, along nih. orang zaman moden ni mana ada perang-perang dah, kan bang irfan?".

irfan hanya tergelak melihat telatah kami. memang aku rindukan saat-saat ini bersama zulaika. bersamanya, membuatkan rindu aku kepada mama dan nek imah sedikit-sebanyak terubat.

"mama tak datang jenguk ika?".

"ada datang, sekali je. tapi alah long. ika tak kisah lah. ika faham. lagipun su ani sama abang khalid tiap-tiap minggu datang sini lawat orang. siap bawak jalan-jalan lagi. best!".

"eeiii.. manjaa!".

"rapat awak dengan adik awak tu ya...".

aku toleh ke wajah irfan. satu senyuman terukir di bibirku.

"kami cuma dua beradik. mama-papa dah lama cerai...".

"oh, maaf. saya tak tahu...".

"takpe. benda dah lama..."

"saya faham orang macam awak."

"huh? maksud awak?".

"karakter awak - suka sendiri, sunyi, rasa bosan kadang-kala... hmm, biarpun ramai kenalan!".

hahaha! aku tergelak. "hey, sejak bila pulak awak bisa membaca orang nih?". tak semena aku mencubit perlahan bahunya.

"auuww... sakitt!". irfan buat-buat sakit. aku senyum. terasa teluk batik begitu membahagiakan aku.

"saya laparr.. jom makan!".

"ok, tapi lepas ni awak kena hantar saya ke hospital. setuju?".

"apa sahaja, untuk awak!".

kami ke gerai berhampiran- ke tempat yg sama perkenalan aku dan irfan bermula.

"hai, awak dari KL kan?".

bersambung...

K.

No comments: