Friday, December 21, 2007

ep. 37 : izinku pergi

aku berlari, berlari dan terus berlari....

dia masih mengejar. cukupp! cukuppp...

"K, pleaseee... let me explainn!".

dan aku terus berlari.. tanpa mempeduli wajah dan suara itu.

masuk ke kereta, aku menangis semahu-mahunya.

gila- tak percaya dengan apa yg aku lihat.

ujian apakah ini?

arghhhhh...

aku pantas menghidupkan enjin. dengan tangkas kereta kuhalakan ke jalan utara menuju bangsar, terus melewati federal highway hingga ke pj.

memang saat itu aku tidak mahu dan tidak boleh berfikir apa-apa.

aku pandu terus ke kem. kepalaku cuma teringatkan cik ha, aunty ku - juga adik mama yang suaminya seorang pegawai kanan tentera udara.

"ya, mahu ke mana ya encik?".

"err, jalan sabah ya bang. mejar badrul."

nasibku baik dilepaskan masuk. jam hampir menunjukkan ke pukul sebelas malam. waktu-waktu begini biasanya kawalan agak ketat sedikit.

aku parkir di bawah pokok sebelum masuk ke halaman rumah cik ha. airmata kuseka. malu ditegur cik ha dan uncle bad nanti. teringat si aiman, sepupuku yang petah bercakap, "eeiii... abang K nangis. maluu!".

"assalamualaikumm...".

tak sampai seminit pintu rumah terkuak. cik ha kelihatan agak terperanjat dengan kedatanganku.

"eh, K. masuklah!".

aku mandi. bersiap ala kadar. nasib baik uncle bad meminjamkanku baju.

"minum. milo panas. K suka kan?".

aku angguk seraya pantas menarik kerusi.

"thanks, cik ha!".

"kenapa ni, ada masalah ya?".

aku geleng.

"maaf K datang lewat-lewat malam cam ni ya."

cik ha geleng, tersenyum.

"K, K... rumah ni sentiasa terbuka untuk K dan anak-anak saudara cik ha yang lain."

"besok kerja?".

"K dah berhenti cik ha...". terpacul sahaja kata-kata itu dari mulutku.

cik ha seperti terperanjat.

"tiba-tiba?".

aku menghirup milo panas, buat-buat tak dengar soalan cik ha.

"takpe la. besok-besok kita cerita ya. cik ha naik tidur dulu la ye. si aiman tu, bukan boleh lelap kalau sorang-sorang. nak harapkan abahnya... huhuhu...".

aku faham lalu membiarkan cik ha naik sendiri.

pagi.

aku menjenguk ke laman. kelihatan cik ha sedang menjemur.

"hai, K... sarapan dah siap. turunlah, makan!".

aku gegas ke bilik air - gosok gigi dan cuci muka.

hmmm, nasi goreng - sedapp!

cik ha masak apa pun sedap. sama macam mama, macam nek imah.

"semayang subuh tak tadi?".

aku sengih. tepuk dahi, buat-buat lupa!

"mestilah bangunn... uncle bad yg kejut tadi. aiman solat ngan K kat bilik."

cik ha senyum. dia tahu aiman begitu manja dan rapat denganku.

"uncle dah keluar ya cik ha? tak sarapan?".

"awal-awal lagi uncle kamu tu dah keluar. ada meeting katanya. hmm, apa plan kamu hari ni?".

"saya ingat nak ke lumut lah. jenguk kak fatin. entah macam mana la keadaannya tu kan. dah hampir sembilan bulan kan? hmm, kasihan nek imah jaga dia sorang-sorang."

"... sambil-sambil boleh singgah manjung sekali jenguk ika. mesti dah hitam kat kem tu!". teringat zulaika, adik perempuanku yang kini sedang menjalani latihan khidmat negara di kem manjung, perak.

"kirim salam cik ha nanti ya. rindu juga kat adik kamu tu!".

lumut.

aku singgah di teluk batik. ah, awal lagi. nanti petang-petang sikit boleh ke rumah kak fatin. empat jam perjalanan tanpa henti dari kuala lumpur buat aku terasa kebah sana-sini. seronok juga sesekali dapat lari macam ni.

laut yang terbentang, udara yang nyaman. duhh, buat hatiku yang kecamuk kembali segar. aku menarik nafas dalam-dalam. teluk batik hampir-hampir buat aku terlupa insiden di bilik hotel malam tadi.

aku ke gerai berhampiran. suasana agak lengang di situ. mungkin hari berkerja barangkali, tukasku dalam hati.

"yer dik, minum apa?".

"err, kasi air kelapa satu ya kak!".

aku duduk. petang-petang camni pekena air kelapa, tambah dengan udara pantai - uhh, nikmat!

paling akhir aku menjengah laut ialah beberapa bulan lalu sewaktu pulang ke kota bharu. ya, waktu itu sama saiful. kami ke cahaya bulan atau lebih dikenali dengan nama pcb. pantainya hakis. banyak dah ditimbus sana-sini. kesan pembangunan.

beza dengan teluk batik - masih indah pada perkiraanku.

"dik, airnya...".

"oh-cepat. terima kasih ya!". akak air kelapa tu tersenyum manis. aku menghirup perlahan. segarrr!

"adik dari KL ya?". aku tersentak. seorang lelaki datang menegur. tanpa disuruh dia sudah pun duduk di depanku. aku hanya angguk.

"abang irfan. irfan huzaimi. cuti?". tegap, tinggi. enam kaki. navy juga barangkali.

aku angguk lagi.

"K...".

irfan seperti kaget. ah, bukan sekali-dua aku mendapat reaksi begitu. ah, namaku ringkas. K sahaja. tak perlu panjang-panjang.

"K... nice name."

aku gelak (dalam hati la!).

apa daa... nama K pun nice ka?

"K nak jalan-jalan? biar abang bawak?". duh, baik pula mamat ni. baru first time kenal dah berani pelawa jalan-jalan. dia ni waras ke...

"takpe la bang. K nak pi rumah aunty ni. dah lambat. jumpa lagi ek!". aku bingkas bangun. bukan nak menyombong, tapi kuasalah nak layan orang-orang camtu. entah-entah ada udang disebalik batu.

selesai membayar, aku pantas meninggalkan si irfan terkulat-kulat sendirian.

jarak teluk batik ke rumah kak fatin cuma beberapa kilo je. acap juga aku kemari. jadi kemestian untuk singgah kalau ke lumut.

"hah, K. makan nasi tu, tambah lauk! kamu tu dah kurus macam tu." sempat nek imah membebel.

memang aku agak berselera kalau makan masakan nek imah. kak fatin dan bang khalid cuma tersenyum melihatkan gelagatku 'didera' nek imah. sama seperti uncle badrul, abang khalid ni juga seorang pegawai tentera. bezanya dia dalam navy. hampir setahun dia mengahwini kak fatin, mak su ku itu. jarak selang dua tahun dari usiaku, kak fatin sudah kuanggap seperti kakak sendiri. adik bongsu mamaku ini juga rapat denganku.

"kamu dah berhenti ya? tadi cik ha telefon, bagitau akak...".

aku angguk, mengiyakan.

"ada masalah?".

"tukar angin kak. dah setahun kat situ. nak cari pengalaman lebih...". ujarku mereka alasan.

"abang dulu sebelum join navy macam kamu jugak, K. buat kerja tu, buat kerja ni, last-last arwah bapak abang suruh masuk tentera - selamat! sampai la sekarang...".

aku cuma senyum. ish, tak nak lah aku join tentera ke apa ke. bukan bidang aku. cukup-cukuplah tekanan aku dapat di pejabat di bidang advertising ni.

aku hela nafas sendiri. nasi kutambah buat kali ketiga. selera!

"makan K, makan...".

"K ingat nak cuti lama di sini...". ujarku akhirnya tanpa berkias-kias.

"hey, bagus lah! akak suka. boleh temankan akak dan nek imah...".

"kamu pasti ke? alhamdulillah - ada juga orang nak tolong wat kerja rumah nanti. cuci lantai, mop, iron baju... huhuhu...".

"alah, tu semua kerja senang la bang... takat tolong kak fatin ngan nek imah ni apa la sangat."

itulah - akhirnya aku nekad juga. apa nak jadi lah. biarkan amira mencariku, biarkan rashid kalut dengan kehilanganku - NAT creative kehilangan K. kukira itulah keputusan paling tepat pernah kubuat. aku tak fikir amira rugi kehilangan aku - masakan aku satu-satunya designer yang (mungkin) bagus di KL. ah, amira berhak mendapat yg lebih baik dariku.

"K, kolej cemana? dah habis...?".

"final bang... tinggal some more papers je lagi."

"apa rancangan kamu pas ni?".

"hmm... entah. belum fikir." aku jungkit bahu.

teringat offer dari salah seorang produser semasa aku menemani saiful casting tempohari.

"minat berlakon? ambil kad saya. nanti datang casting lain kali ya...".

"K, belum cuba, belum tahu. aku tahu kau bagus!". beriya saiful menyokong.

maaf, pul.

terus-terang aku lebih senang dengan kerja-kerja yang kulakukan sekarang. berlakon? oh-tidakk..! bukan makananku.

esoknya, aku berkira mahu ke pekan manjung. hujung minggu. ingat mahu lawat zulaika.

"nek, ikut?".

"kamu je lah pergi ya K. nenek nak tengok-tengok kan kak fatin kamu tu hah. nanti apa-apa jadi susah. bang khalid kamu duty. kirim salam kat ika ya!".

aku salam nek imah. memang begitulah selalunya. dengan mama, cik ha malah kak fatin juga aku berbuat perkara yg sama. dah sebati.

aku turun ke laman, sambil menapak ke garaj, aku bersiul-siul kecil.

"happy nampak? nak ke mana?".

aku toleh. erk!

"terkejut?".

masakan tidak - tiba-tiba je muncul.

irfan - ya bang irfan. irfan huzaimi. lelaki yang jumpa petang semalam di teluk...

"kita jiran rupanya. tak sangka...".

kali ni aku pula yg kaget. kebetulan sangat!

"K kan? er, nak ke mana?".

"manjung. lawat adik. dia masuk PLKN."

"oh, ye ke. nak abang teman? abang pun off hari ni. malam karang baru duty." aku teragak-agak.

"boleh juga...". aku sendiri tidak pasti bagaimana perkataan "boleh juga" tu keluar...

bersambung...

K.

No comments: