Friday, December 21, 2007

ep. 31 : kejutan

isnin.

hari pertamaku di syarikat amira. ofisnya agak luas dan selesa. terletak di segitiga kuala lumpur. calang-calang. lengkap dan mewah. permulaan yang agak hebat buat bakal usahawanita yang baru nak berjinak-jinak seperti amira.

"ah, apa nak heran K. bapak dia duit banyak. janji bulan-bulan kita dapat gaji, cukuplah!". ujar kamil, salah seorang staff di situ. aku jengkel mendengar kata-kata kamil.

kalau tak kerana ini hari pertama, dah lama aku sembur dia balik.

"hah, K. amacam ofis ni, ok? banyak tau mira berhabis nak buat renovation semua...".

"er, daddy tak tolong?".

mira geleng.

"semua duit mira. seratus-peratus. daddy cuma tolong dapatkan klien aje. itupun yang memang mira dah kenal dan ada yang dah memang part of our family bussiness. mira rasa tak sia-sia mira berhenti jadi cikgu."

"tak regret?". amira tersenyum seraya geleng perlahan.

teringat perkenalan pertama kami dulu di kampung sewaktu hari raya. waktu tu mira manis. cukup manis. biarpun hanya berskaf tipis.

"tipu lah kalau mira kata tak kan. student dan sekolah dah jadik part of my life. tapi mira kena juga fikirkan masa depan sendiri. dan inilah yang mira pilih." lancar aja patah kata yang keluar dari bibir mungilnya.

aku hanya angguk. setuju dengan kata-kata amira.

"hey, zulaika apa khabar? mira rindu dia...".

"alahai, rindu adiknya ke atau ehem ehem...", rashid yang muncul tiba-tiba menyampuk.

aku lihat muka amira merah padam.

"ish, kau ni shid ada-ada je...", siku ku perlahan. rashid terkekek sendiri.

honestly, tak sangka aku dapat bergandingan dengan mereka semula. jika dulu masing-masing punya sejarah, aku dapat rasakan seperti seolah-olah dilahirkan semula. now, baik aku, mira mahupun rashid umpama orang baru yang saling mengenali.

****

hampir tiga minggu aku di nat creative. awal disember depan ada 2 events menanti. ada few thing lagi yang harus dibereskan. lihat jadual sahaja buat aku senyum sendiri.

inilah yang aku cari.

busy! busy! busy!

seronok!

tengah tekun membuat sketches, dialog petikan 'heart' [ handphone ] mengejutkan aku.

"ya, hello K here...".

"sayang... aku kat bawah nih. lunch jom!".

"tak boleh la mir, aku banyak kerja nih. nak kena siapkan before kelas petang nanti...".

"alah, kejap je. bagitau mira sure dia faham. aku ada suprised untuk kau!".

"suprised?".

ada-ada je la si shamir ni. dari dulu sampai sekarang suka nak kejutkan aku. entah apa plak kali ni. hmm.

"jap. lagi sepuluh minit i turun...".

"okay. thanks sayang...".

uweek! sayang konon. ngada!

"ila, saya turun lunch jap. bagitau cik mira yer kalau dia cari saya...". zila, setiausaha syarikat hanya mengangguk.

dari jauh lagi aku nampak si shamir dok tersengih-sengih. apahal dia nih...

"tadaaaaa.... untuk kau!".

"patchi?!". aku memandang shamir tak berkedip.

"ha'ah. kau suka? mahal tau aku beli...".

geram sebenarnya. ingatkan suprised apa la tadi.

"dah, jom lunch. aku lapar...".

"erk, kau tak suka?".

"suka... suka sangat-sangat!". aku buat-buat sengih.

kami ke concorde berhampiran. jalan kaki jer.

"okay, ko order je. kali ni aku belanja."

"eh- eh baiknya kau. ada apa-apa ke ni...".

shamir kelihatan resah. sekejap-sekejap dia memandang jam.

"kau tunggu sapa, mir?".

"er, kawan. aku ajak dia join kita."

"uh, okay....".

"hah, tu pun dia.... kejap ek!".

shamir bingkas bangun dari kerusi dan berjalan ke kaunter. aku membelek-belek menu tengahari yang di sediakan.

"K, kenalkan. kawan aku, iskandar! hah, is. ni lah K yang aku dok ceghita kat hang selalu tuh!".

iskan... tidaakk!

ini kali kedua pertemuan semula kami. jika bulan lalu di kota bharu dan aku terang-terang telah menolaknya untuk kembali. ah, musibah apakah ini...

"hai...". hanya sepacul ayat yang mampu keluar dari bibirku.

"hai, sorry i'm late...".

"ish, takpa lah. hang dah mai ni pun dah cukup baik dah is. K, kalau kau nak tahu, si is nih kawan baik aku masa kat mrsm dulu. sekampung lagi. before bapak dia join umno dan pindah ke kl, dulu diorang tinggal di alor setar."

okay, no wonder lah loghat si shamir nih berubah tetiba...

"so, hmm... nice meeting you, aga... er, shamir selalu cerita pasal you. tak sangka dapat jumpa juga akhirnya."

"hah, K. actually ni la suprised yang aku nak kasi kat kau tadi. amacam handsome kan member aku ni... hehehe!".

gila! motif??

"kau jangan la nak malukan aku lak mir. tengok muka si K ni, dah merah...".

dan untuk empat puluh lima minit seterusnya, aku terseksa. menatap kembali wajah iskandar, celoteh serta lawak-lawak bodoh si shamir buat aku rasa benar-benar tak selesa.

aku notice iskandar asyik mencuri pandang ke arahku. aku pasti dia bisa membaca riak mukaku tika itu. hanya dia yang bisa faham perasaanku (barangkali).

"some more drink , sir?". tegur seorang pelayan, ramah.

"uh, yeah. thanks...", aku jawab endah tak endah.

"do you have cheesecake? kasi one slice ya...". pinta iskandar tiba-tiba.

"anything else, sir?".

"mir, you one anything?". shamir geleng. habis tu cheesecake untuk siapa?

iskandar tersenyum memandangku sebaik pelayan itu berlalu.

"for you...". gulp! untuk aku?

dia masih ingat rupanya...

K.

No comments: