Friday, December 21, 2007

ep. 40 : takdir

aku anggap segala-galanya takdir. jika difikirkan soal malu, aku telah pun dimalukan sejak dari zaman sekolah lagi. betapa maruah dan kelelakianku dicabut. seisi sekolah mengetahui perihalku.

“K si gay! tidak normal!”.

“eeii, K suka lelaki. geliii!”.

nah, itu malu paling besar pernah aku hadapi seumur hidup. sungguh aku tidak mahu. bukan setakat kawan-kawan, malah para guru juga seolah memandang jijik padaku. ah, apalah dayaku. sesuatu yang tak bisa aku tolak dengan kudrat awal remajaku.

takdir!

sudahnya, papa dan mama seakan pinggirkan aku. malu barangkali mempunyai seorang anak lelaki yang tidak normal dan telah menconteng arang ke muka.

“kami suruh kau ke sekolah untuk belajarrr! bukannya membuat onarr!!”.

“sia-sia papa hantar kau ke asrama…”.

aku pandang mama. kulihat wajah mama lesu. dia mengelak dari bertentang mata denganku.

bermulalah beberapa episod duka dalam hidupku. penceraian mama-papa, umpat keji keluarga dan kawan-kawan hinggalah kedegilanku untuk menerima mana-mana tawaran ke universiti. aku malu. semua orang seperti mengeji dan mentertawakanku. aku hidup dalam duniaku sendiri. sesiapa pun tak bisa mengerti. papa, mama malah nek imah sendiri-

“hey, cepat nganga! aiskrim!”. aku nganga luas-luas. azlan menyuapkan aku honey-oat kegemaran dari baskin-robin.

hampir sejam kami di situ. melayan pandangan dengan melihat karenah orang sekeliling di persekitaran taman KLCC.

nah, apa lagi yang you nak buat before kita fly? ke aquaria dah, ke tower bridge dah… mana lagi yang you nak pegi? ke bulan, ke bintang??”. azlan cuba berseloroh. aku menyeringai memandang ke arahnya.

azlan, azlan, azlan!

oh, jun ini hampir lima bulan perkenalan kami. dari pertemuan awal di kelab, jumpa pula (secara tak sengaja) di KLIA (masih ingat lagi?) hinggalah ke dinner pertama kami di café rahsia di ampang, azlan secara terus-terang melamarku untuk menjadi kekasihnya. biarpun aku agak serba-salah waktu itu, hubungan teka-tekiku dengan shamir dan sebagainya, namun azlan bijak menawan hatiku. entah mengapa, aku melihat masa depanku bersama azlan. dalam masa yang sama, nak tak nak, aku terpaksa ketepikan shamir. lelaki yang selama ini begitu melindungiku.

“sampai hati kau, K… aku terlalu sayangkan kau…”.

“tapi kau lambat, mir. kenapa baru sekarang? kenapa tidak dulu? semasa aku begitu mahukan kau, waktu aku menyimpan dalam diam untuk sentiasa bersama kau?”.

“ah, K. kau tahu aku bukan, sifatku. aku bukannya jenis yang suka berterus-terang. kau tahu, aku sentiasa mahukan kau di sisiku. sejak dari hari pertama aku melihat kau, kita gaduh, kau ingat bukan? dan aku ajak kau pindah bersamaku di rumah papa, tentu kau sedar kenapa bukan? sebab aku sentiasa ingin kau berada di depan mataku, tiap saat, tiap waktu. apa itu tidak cukup untuk gambarkan perasaan aku terhadap kau ya?”.

“amboii… kuat berangan rupanya sayang i sorang nih. nah, habiskan aiskrim ni cepat. kita dinner dengan AM. i dah bagitau dia jumpa kat chakri palace jam lapan!”. tanpa disuruh azlan telahpun menyodok baki terakhir aiskrim ke dalam mulutku.

“auchh… basah, dah kena baju!”.

“hah, berangan lagi. meh i ciumm!”. tak sempat aku mengelak azlan telah pun mengucup manja ke pipiku. saat itu dunia bagaikan milik kami berdua. aku dah tak kisah mata-mata sekeliling yang memandang. ya, ini Malaysia. bukannya paris, london dan sebagainya.

tinggal semingggu sahaja lagi. aku dan azlan akan terbang ke germany. ke sebuah negara yang bisa merealisasikan hubungan kami. segala-galanya dah diatur. hampir setahun dia menunggu peluang ini. azlan yang berkhidmat dengan syarikat multimedia dari negara bekas nazi itu bakal menyambung khidmatnya di sana.

“ikut i, ya? kita tinggal dah kahwin di sana!”. aku kelu. tak percaya dengan apa yang diberitahu azlan bulan lalu.

“you serius ke ni? apa i nak buat kat sana nanti?”.

“teman i lah, jadi suri- masak!”. hahaha… pandai azlan bergurau!

“tak payah kerja?”. azlan pantas menggeleng.

“no need. gaji i cukup untuk tampung kita berdua!”. azlan seperti bersungguh. aku memandangnya buat-buat seperti tak percaya.

“sayang, i’m serious nih. nah, surat offer- you orang pertama i tunjuk tau!”. sekeping dokumen bertukar tangan. aku baca penuh minat.

“wow, tahniahh!”.

“terima kasih- semua ni sebab you juga! tak sia-sia i tunggu…”.azlan kelihatan begitu gembira. aku pasti ini impiannya sekian lama. kerja dan tinggal di german. tapi, ah kenapa german? kenapa tidak negara-negara eropah yang lain, paris atau london misalnya? lebih popular pada perkiraanku.

“i dilahir dan dibesarkan di sana. you lupa?”, azlan tergelak sebelum menyambung. “daddy dulu kan professor. dia mengajar di Oldenburg. kami pindah ke Malaysia sebaik kontraknya tamat. waktu itu i masih kecil. baru sepuluh tahun.” aku menggaru-garu kepala. ingat-ingat lupa.

aku memeluk azlan. antara gembira, sedih- berbaur.

barangkali inilah takdirku. takdir yang membawaku sejauh ini. takdir yang juga telah berubah seratus-peratus perjalanan hidupku. dan takdir juga yang telah menemukan aku dengan azlan.

syed azlan bin syed akhil.

Ah, mungkinkah dia lelaki terakhir yang tertulis?

K.

No comments: