Friday, December 21, 2007

ep. 34 : airport

"err, excuse me ye!". aku meninggalkan azlan terkebil-kebil keseorangan di dance floor. ah, tak pentinglah.

aku mencari-cari kelibat si saiful di tempat duduk. kosong di situ.

ish, mana plak mamat ni ghaib nih. gila lah...

"hey, K! hahaha.. dah puas menari?". aku pantas menoleh.

"mana kau pergi? ingat dah kena colek...".

"hey, relaks lah. pi amik drink je lah. oh, ya. kenalkan, jimmy!".

"jimmy, this is K, my ex-boyfriend merangkap my nenek tiri... hihihi...".

nenek tiri?? what da-

"hello, K! nice to meet you...". aku menyambut tangan jimmy. tinggi lampai orangnya. hmm, pandai si saiful pilih. kacukan chinese-melayu. taste tu. huhuhu.

"aku nak pi dance dulu. err, mana mamat tadi?". aku cebik. malas nak menjawab.

"toilet!", dalihku.

sudahnya aku sendiri aja di bar, menghabiskan sisa-sisa beer di gelas. melihatkan orang lain menari, tapi hatiku seperti kosong dan mati. arghh, bosan!

"may i seat?".

aku membuka mata. azlan tersenyum di depanku.

"err, sure!".

"you macam marahkan sesuatu. mind to share?". aku cepat-cepat geleng. pepandai aje si azlan ni teka perasaanku.

"thank but no thanks!". bukan sombong, tapi hurm, entahlah. kuasa aku nak melayan gayboy-gayboy kelab ni. semua takat nak ons je.

aku dah malas nak cari masalah sebenarnya. teringat kes sewaktu kenal iskandar dulu. pun sama, dia memikatku di kelab juga. sudahnya, apa ending kami?

aku - mangsa cinta!

"dah tiga gelas you minum. nah, mineral water. kasi calm sikit...". aku mencuri memandang ke wajah azlan, tampak ada keikhlasan di hatinya. tapi aku, erm cam biasa lah - buat buat jual mahal gitu. pisang takkan berbuah 3-4 kali. serik!

hampir ke jam tiga setengah pagi.

azlan masih lagi di sisiku. dari tadi dia cuba-cuba untuk berbual denganku. sepatah dia soal, sepatah yang yang aku jawab. namun azlan seakan tak mahu mengalah denganku.

"K, jom balik! aku penat lah...". ajakan saiful seperti menyelamatkanku. jimmy kat sebelah tu pun dah cam tak betul aku tengok. mabuk!

"er, boleh i hantar you?", pelawa azlan. aku memandang saiful.

"it's ok. saiful takde lesen. i drive...".

"ohh... ok. hmm. well, this is my card. call me. pleasee...".

aku menatap kad itu seketika.

syed azlan b. syed akhil
software enggineer

"okay, will call you...".

sabtu.

aku terlupa harus ke airport hari ni. mahu menjemput shamir. sudah dua minggu dia ke jepun follow uncle taufik uruskan soal perniagaan keluarga.

teringat e-mail shamir semalam...

dear...

miss you so much. jangan lupa jemput aku di airport lunch tomorrow ya!

miss ya badly!

shamir

hari-hari sebenarnya aku menerima e-mail yang hampir serupa dari shamir. rindu lah, apa lah... semakin buat aku keliru. adakah shamir benar-benar rindukan aku? sebagai apa, teman? kekasih? atau sekadar dia menganggap aku ni adiknya sahaja...

duh, buntu aku dibuatnya!

"hai, K. lelawa ni, nak ke mana?". aku buat-buat tak dengar.

"jimmy kau tuh dah bangun? aku nak ke airport ni, jemput shamir. ikut?".

"err, aku dah janji nak lunch sama jimmy. sorry ya!".

****

aku memandu novus kia shamir dengan penuh hati-hati sambil otakku menerawang mendengar lagu dedebu cinta dendangan misha omar. lagu rasmiku kalau memandu.

"beb, kau tak bosan ke asyik dengar lagu yang sama je? misha takde single lain ya?". pernah juga shamir menegur. aku senyum aja. dah jadi lagu favourite selamanya gitu. sama juga dengan lagu menyemai cinta bersamamu dari nora. pun one of my favourite song. lagu aku dan iskandar dulu-dulu. hahaha. gelak aje bila ingat balik. jiwang!

sampai di airport, aku masuk ke parking di bawah terminal. ada lagi kira-kira setengah jam sebelum ketibaan flight dari fukoaka. aku ke cafe berhampiran di aras lima. order hot chocolate dan sandwhich. lapar!

aku buka novel the devil wears prada hasil tulisan lauren weisberger. hampir ke bab terakhir. rasanya sudah masuk tujuh kali aku menonton versi filemnya.

andrea (anne hathaway), she's so me!

"K?". aku toleh.

"eh, azlann... apa you buat kat sini?".

"hmm... soalan yang sama. you - apa you buat kat sini?". aku perhatikan azlan tak berkedip. dia nampak lain sekali. hmm, how to describe ya?

ah, semalam mungkin aku agak ting tong sedikit.

"saya... saya... er, i... hmmm...". ish, napa ngan aku ni...

"saya mengganggu ke?".

"err, tidak... tidakk... no - no. i tengah tunggu kawan actually. dari fukoaka." ujarku masih tergagap-gagap. goshh, kenapa ngan aku ni. lain macam je rasa. honestly, semalam aku tak perasan sangat rupa si azlan ni. takat nampak gitu-gitu je but still la, bleh cam lagi bila dia tegur aku tadi. and... he's not bad at all!!

rasanya kalau nak banding ngan rupa jimmy yang sikit cam rain, penyanyi korea tu, ermm... azlan better rasanya. hahaha. mati la buat perbandingan katanya.

aku pandang azlan atas bawah. masih tak percaya sebenarnya aku terserempak dengannya pagi ni, di sini. very the kebetulan. ala-ala cam citer sembilu kat tv plak.

"you okay?".

"err, ya - ya. i'm okay. sorry." ujarku malu sendiri. over kan...

"apa you buat kat sini?".

azlan senyum. duh, kacaknya!

K, relaks K... relaks...

"oh, sorry. i tunggu family kakak i dari brisbane. saja datang awal. bosan kat rumah!". terasa darahku bergetar sebaik azlan membuahkan senyum. aku cuba-cuba buat lihat sekitar. duh, cantik sungguh pemandangan hari ini...

"devil wears prada, i love that movie." ujar azlan merujuk kepada buku novel yang sedang kupegang.

"yeahh, me too. nice kan. i suka jalan cerita dia...".

dari satu topik ke satu topik kami berbual. aku mula senang dengan karakter azlan. terasa seperti wujud chemistry antara kami.

pun begitu, tak sedar ada mata yang memerhati. dan dia menghampiri...

bersambung...

K.

No comments: