Friday, December 21, 2007

ep. 33 : kembali

"K, kau datang! thanks...". saiful merangkulku girang.

"ada apa ni, tetiba je?". sanggahku. saja nak test mamat ni sikit.

"hey, cam tak suka je aku datang...", saiful mula buat muka sedih.

"ish, takde la tak suka. aku tanya aje la." boleh tahan emo sepupu aku nih.

"aku rindu kau la...". saiful mencubit pipi kananku. auchh, sakit!

"aku ke mira?". mataku sedikit terjengil.

"dedua... hehehe!".

kami berjalan ke bawah terminal. nasib baik ada kia si shamir ni hah. kebetulan dia oustation ke johor hari ni. dapat juga aku datang menjemput saiful.

"wow, kereta siapa ni, K? best aarr...".

"shamir, housemate aku...".

"wahhh... mesti anak orang kaya ni kan. boyfriend baru kau ke? tak bagitau pun...".

"eeii.. tolong sikit ya. shamir tu housemate je tau. dahhh... sebelum kau mula merepek, aku bawak kau gi makan dulu. kita breakfast kat nilai ya?".

"hehehe... up to yu. ikut ja!".

****

"so now kau dah mula kerja ngan mira lah yer? tak cakap pun...".

"haloo cik abang, perlu ke every single thing aku nak bagitau kau. lagipun mira yang macam iya-iya nak ajak aku join her company. dari aku takde wat apa-apa, better aku join aje. at least bleh gak aku tengok-tengok kan buah hati hati kau tuh!".

"hehehe... iya tak iya jugak. kang melepass...".

"uitt... lelebih plak. dah confirm ke??".

"alah, aku tahu mira pun suka kat aku apa...".

over confident plak dia...

sementara itu di NAT creative.

"mira, you nangis?".

amira mengesat airmata. dia menyeka perlahan.

rashid merapat.

"kenapa, mira? you ada problem?".

amira geleng. seboleh mungkin dia cuba menyembunyikan perasaannya dari pengetahuan sesiapa. biarlah hanya dirinya sahaja yang mengetahuinya. tidak! biarpun rashid.

"i'm okay la shid. thanks... mira cuma pening-pening ja."

rashid sedar amira berbohong. dia kenal amira. biarpun gadis ini adalah majikannya, tetapi dia cukup fasih setiap gerak dan gaya amira.

"okay but rehatlah. call me if you need anything kay?".

amira angguk. handphone masih lagi di tangannya. dibacanya sms dari saiful tadi berkali-kali.

[ sayangku mira, i di airport sekarang. baru tiba. K yang menjemput. bisa dinner sama tonight? ]

amira menaip patah-patah sms untuk menjawab. namun segera dia menutup kembali. jari-jemarnya terhenti.

"oh, tuhan! apakah yang sedang aku cuba lakukan ini...".

benar kata orang, ikut hati mati. biarpun hati ini cuba membohongi yang aku sudah tidak cintakan K lagi, namun tiap kali itu juga jiwa goyah. bayangan K ada di mana-mana, menjelma dan bermain di bibir tirai mimpiku.

aku tewas tatkala menatap semulus wajah itu. meskipun aku cuba kuatkan diri, senyum K terlalu indah untuk dilupakan. K ibarat perkasa yang menusuk ke dasar jiwa. oh, bagaimana bisa untuk aku melupakannya?

dan saiful - hadirnya yang secara tiba-tiba. perkenalan di kelantan baru-baru ini, biarpun telah mencipta sedikit bunga-bunga bahagia, namun hakikatnya cinta dan ingatanku tetap pada K.

K! K! dan K!

oh, bagaimana...

9 malam.
muara, pelabuhan klang.

"kenapa mira diam? macam tak suka aje jumpa i malam ni?". saiful menguis tangan amira perlahan. masing-masing berhenti menyuap hidangan.

"eh, takde apalah pul. mira okay. you aje yang perasan mira lain tak? hee...". mira cuba-cuba buat tergelak. dia mengambil cebisan ikan bakar di hujung pinggan lalu dicicah kuah asam. sedapp!

"uh okay. maafkan i. cuma tak nak lihat mira sedih. hmm..".

sesekali amira merenung ke laut lepas. sanggar seakan mengerti perasaannya, melambai-lambat segar ke tiap helai rerambutnya. matanya kuyu, ditutup perlahan. seakan selari dengan irama malam.

"mira...".

amira kembali membuka kan mata.

"ya, saya...".

"saya benar-benar sukakan awak...".

saat itu amira merasakan ada belati tajam menghunus ke rusuknya. mahu sahaja dia memaku mulut saiful agar lelaki itu tidak meneruskan lagi kata-kata.

"mira... you dengar tak...".

"ya, ya.. mira dengar... mmm..".

"bagaimana, mira... sudikah mira menjadi teman hidup saya?".

"tapi, saiful... you kan... err...".

"err, tentang tu mira jangan risau. insyallah, untuk mira, saya dah tinggalkan segala-galanya. saya sanggup berubah asalkan mira terima cinta saya...".

tanpa sedar, airmata amira mengalir. alangkah bagusnya jika yang menuturkan kata-kata ini adalah K. betapa dia begitu mendambakan K untuk meluahkan kata-kata yang serupa di depannya...

mustahil.

dua pagi.
bidara, bukit bintang.

K resah sendiri. dia kepanasan. perlahan-lahan dibukakannya tingkap. entah apa kenanya tetiba aircornd tak jalan plak. rosak barangkali.

dia termenung sendiri mengadap klcc. jemarinya menyeluk bantal, dikeluarkan sekotak rokok lalu dinyalakannya perlahan. ahh, nikmat sekali!

memang dia akui, tabiat merokoknya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. K sendiri tak pasti, seingatnya semuanya secara kebetulan. barangkali kesan dari lepak di kelab, campur kawan-kawan. dari beer, K mula berjinak dengan rokok. biarpun bukan habit, namun tatkala sendiri seperti ini, habis juga tiga-empat batang.

dia melihat jam.

mana si saiful ni tak balik-balik lagi, takkan sesat kut. punya la lama keluar dating. habis merokok, dia ke ruang tamu.

tiba-tiba...

"auchhh...! hey! siap-". aku terduduk sambil mengaru-garu bahuku yang terlanggar hujung sofa.

saiful terkebil-kebil sendiri.

"yo, K! sorry beb. tak sengaja. aku baru balik tadi. malas nak kacau kau kat bilik so aku lepak kat sini...".

"duh, ha'ah. okay... aku okay...". saiful membantuku untuk bangun.

"sorry K...".

"ish, takde apalah. hmm... apahal moyok semacam je nih. kau gaduh ngan mira ya?", soalku sebaik membetulkan duduk di sofa. saiful menyandar perlahan ke tepiku. dia memandang ke siling.

"she's not ready yet...".

"maksud kau...?".

"aku di reject...".

"uhh...".

pity!

malam itu, aku bawa saiful ke BB. saja dah lama tak kemari. suasananya masih sama. masih seperti tiga-empat bulan lalu. BB tak pernah berubah. dari crowdnya, budaya di dalamnya - semuanya sama!

"hey, K! lama tak nampak kau. minum apa?", tegur johnny, bartender bertugas. mamat straight ni sejak dulu begitu mesra denganku. aku mencium pipinya kiri-kanan. johnny kelihatan semakin hebat. berkat pergaulan sama adik-adik barangkali. hahaha...

"two beer ya johnny!".

"set!".

kami ke meja sebelah. aku sempat menyapa beberapa teman. nyata BB masih hebat. ramai juga muka-muka baru yg kelihatan.

"hello, darlinggg... mana you menghilanggg.... i rindu tawww! muaahhhh...". aku senyum sahaja melihatkan gaya gedik si tasha, seorang nyah yg juga merupakan teman baikku.

"hey, tasy! kenalkan - sepupuku, saiful! saiful... this is tasha!".

"auwww... handsome! macam you juga.. i sukaaa...".

"hahaha...".

the reason why aku ke mari hanyalah untuk menghiburkan saiful. cadangnya mahu ke istana sahaja tapi di sana crowdnya lain macam sikit. aku lebih prefer di sini. ah, mana lagi sireh kalau tak pulang ke gagang ye tak... hahaha , sempat bersireh-sireh lagi aku. huhuhu...

hampir sejam aku hanya lepak2 berbual dengan saiful, tiba-tiba datang seorang lelaki menegurku.

"K, ya? mahu menari denganku?".

"no thanks, i'm with someone...", tolakku polite.

"psstt... pegi aje lah orang dah ajak tuh. aku okay!".

"pleaseee...", desak lelaki itu lagi.

aku mendengus perlahan sebelum bangun akhirnya.

"yesss!! that's K. all the bestt!".

"yeahh... yeahhh...". aku lihat saiful bertepuk gembira. aku tak pasti dia happy sebab ada org ajak aku menari ataupun akhirnya dia bisa lepak sorang-sorang di meja. tunggu market katanya! huhuhu...

rasa cam terbalik plak. niat aku nak entertain dia. ish!

"i saw you masuk tadik. you're cute!".

huh? what eva... [ dalam hati ]

tapiii... mamat ni pun boleh tahan gak! alamakk... (tu dia, K dah mula dah...).

"you baru ke sini? tak pernah nampak pun...".

hehe.. inilah yg aku suka. jarang-jarang tayang muka. bagi yg familar, surely kenal siapa K. sah mamat ni muka baru...

"err, jaranglah. i do clubbing rarely. biasa lepak rumah aje. and you?".

"hmmm... baru jugak. i just broke off anyway...".

aku buat-buat terkejut. biasa lah tuh, taktik nak kenal-kenal. cakap la dah break apa kebenda segala mak nenek semua.

"err, you single? bf you tak marah ke you dance ngan i nih?".

aku geleng seraya senyum perlahan. mataku menjeling ke arah saiful. kelihatan dia sedang berbual-bual dengan seseorang. wahh.. patutlah happy semacam masa aku blah tadik. saham tgh naik rupanya!

"uh, btway i'm azlan. and you?".

"K!".

"K aje? hmm...".

"ya, K aje... hehee...", aku tersengih.

"nice meeting you...".

"same!".

aku mencuri pandang lagi sekali ke arah tempat duduk saiful. alamak! dah hilang. memang tau dia nih....

K.

No comments: