aku melihat2 jam. masih awal lagi sebelum lecture bermula. hampir dua minggu aku tak mendengar kecoh suara teman-teman, aina, zafir dan tentunya - ema! dialah paling aku rindu. tak sabar sebenarnya menunggu kelas bermula. now dah last semester. tinggal final project aje lagi dan habislah. tak sabar aku nak memasuki alam kerja.
study mmg seronok. im gonna miss all this - buat assigntment, lepak mamak kat raja laut, makan kfc kat maju junction, window shopping kat sogo - hah... dan kawan2 tentunya. uh, perlukah ianya semua berakhir.
perlu!
kalau tak macam mana manusia bakal mengalami fasa perubahan hidup dalam dirinya?
"hey! baru 1st day pun dah mula berangan ker?". aina tepuk aku dari belakang. fulamakk!! rambut dah merah lah... cun!
"hey, ingat korang lom register lagi. zafir mana?".
"dia kat kampung lagi. lusa balik. lambat sikit. eh, you nampak ema? mana dia ah?". aku jungkit bahu.
"i called her since last week tapi no answer. sakitkah?".
"oh, no. please don't say that yg dia tak daftar sem ni. sure bosan dia takde."
kami berpandangan seketika.
"hah, kamu dua ni apa lagi tercegat tuh? tak nak masuk?". aku dan aina menoleh serentak. puan laili berdiri di belakang. tak sedar kami menghalang laluan.
"maaf, puan... hehehe!".
aku mengelak sedikit membiarkan puan laili berlalu.
"jom, kelas dah nak mula tuh. after class nanti kita cuba call rumah ema. tanya mak dia."
"ok...".
"aku kena kerja. terpaksa...".
"tapi ema... sayang. kita cuma tinggal satu semester aje lagi. rugi...".
"maafkan aku, aina... K. keluarga aku susah. aku pula anak sulung. ada tiga lagi adik2 aku yg masih sekolah. aku terpaksa menyara diorang tu semua...".
"mak dan ayah kau?", aku pantas mengajukan soalan. pada aku parents ema tak patut biarkan ema meninggalkan kolej. cuma satu semester aje lagi.
"mereka... merekaa... hrmmm. parents aku dah bercerai!!". aku lihat ema mulai sebak. aku dan aina terkejut mendengar pengakuan ema. aku mula bayangkan pak cik kamil dan puan zainab. biarpun ema jarang bercerita tentang hal-hal keluarga, namun sebagai sahabat, aku aina serta zafir faham akan masalah yg dihadapinya. aku faham kenapa ema sering berlagak ceria dan happy bila di kolej.
ah, semua org punya masalah dan cerita. meskipun berlainan dr kisah ema, aku juga tidak terkecuali. lihat sahaja papa dan mamaku. ah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
"sabar ya, ema...". hanya itu mampu kuluahkan.
dan pastinya hari2 di kolej selepas ini sudah tak sama dengan sebelumnya. tanpa ema, cuma aku, zafir dan aina... ah, hidup mesti terus bukan?
isnin. aku bersiap2. awal2 tadi lagi aku dah bangun. melihatkan shamir di sebelah, kasihan dia. penat semalam mengangkut barang. nasib baik dia cuti hari ini. dan ya, oh - aku dah pun mengikut shamir pindah ke kondo papanya di bukit bintang. biarpun aku seakan berat pada mulanya untuk menurut, akan tetapi aku tiada kuasa menegah bilaman uncle taufik sendiri yg mengajakku.
"uncle selalu travel. kasihan shamir. kalau kamu ada bagus juga. boleh teman-temankan...".
"mir, thank you!".
hmm.
K.
No comments:
Post a Comment