Friday, December 21, 2007

ep. 36 : toyboy itu aku

minggu kedua tahun baru. azam baru? nahh... aku tak pernah berazam. rasanya sejak dr zaman sekolah hinggalah sekarang, asalkan punya kesihatan yang baik, hidup yang aman, itu memadai. aku cuma mahukan sedetik kebahagian. dan itu belum kuketemui.

ralit membetulkan selendang merah jingga, amira membiarkan sedikit anak rambutnya terjurai ke depan. dia suka begitu. usai mebelek-belek wajah, dia melangkah ke luar, ke ruang utama. teuku mahadi dan keluarga, tetamu papanya tersenyum.

"mira cantik!", puji datin noriah, isteri teuku mahadi.

amira senyum. sedikit pun tidak terpalit rasa bangga di hatinya. sesekali matanya lirik memandang kelibat teuku mustafa yang menyeringai di meja hujung. entah kenapa dia jengkel. bukan dia sahaja, malah satu KL tahu yang teuku mustafa tu buaya besar. entah kenapa papa dan mamanya begitu berkenan mahu bermenantukan buaya sekor nih. harapkan muka aje lawa, tapi perangai... persis setan bertanduk lapan!

"bukan mira! papa... you should know papa mira. maafkan mira, pul...".

"ahh, sampai hati mira... i sayangkan you!".

"mira tahu...".

"habis tu... kenapa mira sanggup...".

"you takkan faham...".

"macam mana i nak faham kalau you tak nak terangkan...".

amira dengus. dia benci dihimpit begitu. saat itu, diam - ya, itulah yg terbaik.

biarlah saiful tak tahu. sesiapa pun tak perlu tahu. semuanya rancangan papa. amira berserah, dia pasrah. padanya, siapa-siapa pun yg bakal menjadi suaminya, takkan merubah cinta dan kasihnya pada K. hatinya tetap pada lelaki itu.

petang khamis.

aku mundar-mandir seketika. beberapa buah storyboard masih lagi di tangan.

nak masuk ke tak... nak masuk ke tak...

"eh, kenapa kau tercegat aje ni K? lain macam aje akak tengok...", kak shila, teman ofisku menegur.

"eh, takde apa. nak tunjuk storyboard ni hah. ingat nak suruh mira approve. bapak dia la pulak ada kat dalam tu...".

kak shila menjenguk ke bilik amira, bos mereka. kelihatan datuk yusuff sedang berbincang sesuatu dengan anaknya itu.

"K... K... sejak bila la pulak kau takut ngan datuk tu...".

kak shila kekek sendiri.

ah, masuk aje la... gamble!

"tuk.. tukk...".

"masuk!".

"hah, K! dah siap semua storyboard yang i minta tu?".

tanpa berkata apa-apa aku pantas menghulurkan lakaran-lakaran storyboard yang sudah kubuat kepada amira.

aku sedar datuk yusuff diam-diam memerhatikan gerak-geriku. aku buat-buat tak tahu.

"hah, daddy. cemana ngan lakaran K ni, bagus tak?".

lakaranku bertukar tangan. duh, inilah yg cuba kuelakkan. komunikasi dengan datuk.

"bagus... daddy suka. alah, mira pun tahu kan si K ni berbakat. dulu di artech, berkali-kali abang kamu si rahman tu desak daddy suruh pujuk K kembali." kata-kata datuk terhenti seketika. dia senyum memandang ke arahku.

"... anyway you should proud now, mira. NAT creative ada designer muda berbakat seperti ini!". berkali-kali datuk yusuff menepuk-nepuk bahuku. terasa seperti ada usapan manja di situ. aku acuh, buat tak merasa apa-apa. tak nak amira perasan pula.

"errr... terima kasih datuk. terlalu tinggi pujian itu untuk saya...".

jujurnya, kata-kata itu tak lebih dr sekadar untuk menutup keresahanku sendiri.

habis sahaja waktu pejabat, aku gegas ke parkir di tingkat tiga. dah janji sama saiful mahu temankan dia shooting di bukit antarabangsa jam enam. boleh juga aku singgah di rumah aunty rubiah. dah lama tak ke sana.

"err, encikk! tungguuu...".

aku menoleh. seorang lelaki berlari-lari anak mendapatkanku.

"ada apa?".

"encik K?".

"ya, saya. ada apa?".

"datuk nak jumpa encik. dia minta datang ke hotel sheraton mlm ini, jam lapan."

datuk nak jumpa aku? huh, tak serik-serik lagi ke...

food court
bukit antarabangsa

"kau setuju?". aku dongak ke langit manjauhi wajah saiful yang dipalit mekap. jus oren kuhirup perlahan.

"nope. aku belum cakap apa-apa lagi. kau rasa?".

"better don't. kau pun tahu kan datuk tu buaya. lagipun kau kena fikirkan masa depan, K. dah elok-elok kau kat NAT tu. kau ingat mira akan maafkan kau buat kali yg kedua, kalau-kalau dia tahu nanti kau masih ada hubungan dengan papanya? nahas!". berapi-api saiful menasihati.

"K, yang lepas, lepas lah. kalau dulu kau pernah tersilap langkah. kalau berdendam dengan iskandar sekalipun, anggap sahaja hubungan korang dah tamat."

aku bungkam lagi. tak tahu nak cakap apa dah.

"kau ada contact mira?", ujarku mengalih topik perbualan.

saiful geleng. sekelip wajahnya berubah.

ah, damnn! silap topik.

"sorry!".

"it's ok."

dan perbualan kami terhenti.

hampir ke jam lapan malam. aku terlewat tadi. ralit melihat saiful menghabiskan scene terakhir drama sulungnya. dr bukit antarabangsa, aku memandu ke hotel sheraton yang terletak di jalan sultan ismail.

hatiku nekad, bulat. suatu perhintungan akan kubuat.

setiap manusia berhak untuk diberi peluang kedua bukan?

sheraton.

aku melilau-lilau di pinggir kaunter.

"encik K?". aku angguk.

"sila kut saya...".

aku mengikut sahaja seorang bell-boy membawaku entah ke mana.

"tingkat 25. ini kuncinya."

"erk, kunci?".

ah, bahana apakah pula ini...

bersambung...

K.

No comments: