Friday, December 21, 2007

ep. 39 : rela

"comelnya, macam ayah dan umi dia!". aku mencuit-cuit perlahan emilia soraya, baby kak fatin dan abang khalid. kak fatin yg masih lemah cuma tersenyum perlahan. kelihatan abang khalid pula tak putus menggenggam erat tangan isteri sayangannya itu.

"macam K juga. tengok hidung, saling tak tumpah!", usik abang khalid buat aku tersipu-sipu sendiri.

"eh, mana irfan? kamu datang dengan dia kan?". teguran kak fatin kembali membuatkan aku teringatkan si irfan.

"eh, tadi ada. Hmm… jap, saya cari dia...". aku langkah keluar dari wad bersalin.

"encik K, tadi encik irfan pesan dia ada menunggu di bilik tamu." seorang nurse memberitahu. aku gegas ke sana. kelihatan irfan sedang ralit menonton tv.

"huh, ada pun awak. puas saya cari tau. kak fatin tanya you tadi. tak nak tengok baby?". irfan sengih.

"takpelah, tak nak kacau. kasi keluarga je. lain kali banyak lagi masa." ujar irfan buat aku angguk perlahan.

"nek imah pesan ambil lauk kat rumah. dia masakkan bubur untuk kak fatin. nak ikut?". tanpa berlengah, irfan pantas menarik tanganku. jom!

“happy?”.

“hey, mestilah. tambah lagi sorang sepupu. rasa cam makin tua lah!”.

“tau takpe!”. kami sama-sama tertawa.

malam itu aku melayan perasaan di balkoni. Nek imah di hospital menjaga kak fatin. abang khalid pula ke markas. ada hal katanya.

perasaan aku kian tenang har ini. tiada lagi memikirkan soal-soal di KL. tiada lagi amira, datuk yusuff mahupun iskandar. terasa bebas dari belenggu masalah.

“yeaahh… i’m a free guy!”.

“jauh menung. dah lewat ni. ingat orang KL ke?”. aku terpisat-pisat memandang ke bawah. irfan kelihatan baru nak menanggalkan helmetnya. aku lihat jam. hampir ke jam satu pagi.

“belum ngantuk la irf. sorang malam ni. sunyi plak.” ujarku jujur.

“nak saya temankan?”. aku pantas angguk.

“okay, tunggu lima belas minit. saya mandi jap. nanti saya datang k?”.

lima belas minit kemudian…

“dah makan?”.

“dah. awal-awal lagi nek imah dah masak untuk saya dan abang khalid. ada lagi lauk lebih tu. awak dah makan? jom la, saya temankan…”.

“eh, no thanks. takpe, saya dah makan kat office tadi. risau awak tu je. nanti gastrik tau, saya juga yang susah!”.

aku tak tau apa maksud irfan, ah maybe dia cuma bergurau. or sekadar mengambil berat mungkin.

“fikir apa tadi? ralit saya tengok?”. tak semena irfan membelai lembut rambutku. dia mengusap perlahan. aku cuma membiarkan.

“takde apa. masalah biasa. hal-hal di KL.” aku mendengus perlahan. harapku soalan irfan mati di situ.

“soal kerja? atau masalah peribadi? K patah hati ya?”. aku dongak memandang irfan. dia seakan dapat membaca isi hatiku tika itu.

“saya faham. it’s okay…”. perlahan-lahan, aku rangkul tubuh irfan. kepala kurebahkan didadanya. irfan seperti merelakan. aku rasa tenang begitu. di sudut jiwanya.

“saya suka awak…”.

“saya tahu.” ringkas sahaja jawapanku.

malam semakin larut. untuk saat itu, aku hanya membiarkan apa sahaja yang berlaku.

dan irfan semakin jatuh ke pangkuanku…

pagi.

“apa kamu buat ni irfan! kamu tak malu…?”.

“maafkan saya, tuan!”.

“maaf?! kamu dengan anak saudara saya! kamu sedar apa yang dah berlaku?”.

“saya cuma temankan dia, tuan!”.

“bohong! saya nampak!”.

“dan kamu, K! abang tak sangka kamu bisa membuat perkara macam ni, kamu tak fikir kalau kak fatin kamu tahu? mama kamu tahu? nek imah? apa perasaan mereka??!”. aku cuma diam membatu. silapku. tak sedar abang khalid pulang awal pagi tadi dari markas. aku masih tidur berpelukan dengan irfan di ruang tamu. ah, pelbagai alasan pun tak guna. sesiapa sahaja bisa membuat andaian yang bukan-bukan jika melihat keadaan kami waktu itu.

“abang tak kira, besok tengahari abang nak kamu keluar tinggalkan rumah ini. Kamu kotor! perbuatan kamu ini jijik kamu tahu!”. tanpa sedar airmataku mengalir deras. pertama kali sejak sekian lama aku diherdik dan dicaci begitu hanya kerana gara-gara statusku sebagai lelaki gay. irfan segera merangkul lalu menarikku perlahan keluar dari rumah.

“K tenang ya, rehatlah. nanti tengahari kita settle. saya janji.” aku bungkam. bimbang jika abang khalid menghebohkan kepada kak fatin dan nek imah. paling aku takut, mama dapat tahu.

“K sabar, saya suka K. kita sama-sama selesaikan hal ini nanti ya?”. irfan cuba memujukku. Dia mendakapku kejap.

gila. Ini semua gila. lepas satu, satu. tak ubah seperti kata orang tua-tua, lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. memang aku sengaja cari nahas. cari ketenangan konon.

irfan? ah, dia tak salah. aku yang bodoh. sendiri cari masalah. gosshh… aku tutup muka. malu waktu menatap muka abang khalid tadi.

eh, ngapa awal sangat kamu nak balik ni K? kata nak duduk sini temankan nenek ngan kak fatin kamu ni hah…”.

“K baru dapat call tadi nek, kak fatin. ada tawaran kerja baru di KL. kena balik petang ni gak.” aku tiada pilihan selain membohongi mereka. aku tak pasti jika aku terus stay di situ, aku mampu untuk menatap wajah mereka, abang khalid lebih-lebih lagi.

“tak boleh tunggu esok ke? tinggal la dulu sehari, dua lagi.” desak kak fatin pula. aku serba-salah.

“lain kali ya, kak? Nanti K datang jenguk lagi. Insyallah, minggu depan ke…”. ujarku membuat alasan. aku harap mereka faham.

“hmm… baiklah K. akak ok. jangan risau. nenek kamu ada ni hah. nanti pergi lah jumpa abang khalid kamu tu sebelum balik ya. dan bebaik bawak kereta tu nanti.” kak fatin terpaksa juga mengalah akhirnya.

aku peluk nek imah.

“maafkan, K nek! Maafkan K…”. biarpun pelik dengan gelagatku, nek imah cuma membiarkan. barangkali dia sedar aku agak sensitif.

“dah.. dahh, jangan nangis. kamu nak balik KL aje. dah pi salam kak fatin kamu tu.” aku patuh kata nek imah. perlahan-lahan aku capai tangan kak fatin dan aku cium.

“ampunkan K, kak. ampunkan K…”. kak fatin mengusap-ngusap rambutku. masing-masing pelik melihat gelagatku.

K.

1 comment:

Bash said...

irfan..what a nice guy...*cair*